Mexico saman Google isu nama

Mexico saman Google isu nama

Mexico saman Google isu nama
GAMBAR fail nama Teluk Mexico ditukar nama sebagai Teluk Amerika di Peta Google. – Foto AFP

BANDAR RAYA MEXICO – Kerajaan Mexico menyaman enjin carian internet popular, Google kerana menukar nama Teluk Mexico kepada Teluk Amerika.

Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum berkata, nama Teluk Mexico ditukar oleh enjin carian tersebut untuk pengguna Google Maps di Amerika Syarikat (AS).

“Tuntutan undang-undang mengenainya telah pun difailkan,” kata Sheinbaum pada sidang akhbar semalam tanpa menyatakan di mana dan bila saman berkenaan dikemukakan.

Semalam juga, wakil-wakil rakyat Parti Republikan yang menguasai Dewan Perwakilan meluluskan rang undang-undang untuk mewartakan arahan Presiden Donald Trump supaya Teluk Mexico dinamakan semula sebagai Teluk Amerika.

Langkah itu ditaja oleh ahli parlimen berhaluan kanan dari negeri Georgia, Marjorie Taylor Greene sebelum diluluskan Dewan Perwakilan.

Bagaimanapun, semua wakil rakyat Parti Demokrat menentang rang undang-undang tersebut. – AFP

Mexico saman Google isu nama

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker