Gudang tilam terbakar

Gudang tilam terbakar

Gudang tilam terbakar
Anggota Bomba melaksanakan kerja-kerja pemadaman sebuah gudang penyimpanan tilam di Kampung Tok Sani, Jalan Bagan Lalang, Butterworth malam tadi. – Foto Ihsan JBPM Pulau Pinang

BUTTERWORTH: Sebuah gudang penyimpanan tilam di Kampung Tok Sani, Jalan Bagan Lalang, di sini musnah dalam kebakaran malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Pulau Pinang, John Sagun Francis, berkata kebakaran tidak membabitkan kecederaan atau kemalangan jiwa.

JBPM terima panggilan kecemasan jam 10.01 malam. Kebakaran membabitkan sebuah gudang penyimpanan tilam dengan anggaran kemusnahan akibat kebakaran sebanyak 80 peratus.

“Komander Operasi memberitahu gudang itu dipercayai turut menyimpan bahan kimia dan terdapat juga sebuah kereta jenis Perodua Myvi telah dihempap sebahagian struktur yang runtuh,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

“Kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya pada jam 11.33 malam. Operasi ditamatkan pada jam 1.09 pagi,” katanya

Gudang tilam terbakar

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker