Gelagat Fattah Amin Bergambar Dengan Keluarga Amira Othman [VIDEO]
Curi Perhatian Ramai!
Gelagat Fattah Amin Bergambar Dengan Keluarga Amira Othman [VIDEO]
Abdul Fattah Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Fattah Amin merupakan seorang pelakon, penyanyi dan model Malaysia. Beliau mula meraih kemasyhuran sebagai juara Hero Remaja 2011/2012 dan terkenal menerusi peranan sebagai watak utama, Raja Adrian Benjamin dalam drama Playboy Itu Suami Aku.
Selepas tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan, Fattah Amin dan Nur Fazura sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari serta mereka juga dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya.
Selain daripada kerjaya seni, beliau juga giat menceburi bidang perniagaan dengan mengusahakan sebuah kafe bernama Stalkers Cafe dan sebuah gimnasium, Expendable Gym yang terletak di Kota Damansara. Fattah juga melabur dalam beberapa perniagaan termasuk kosmetik dan hartanah sebagai persediaan masa depan.
“Baju Diorang Ni Asyik Sedondon Je Kan Hahaha”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @__kinli yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 10 ribu, tanda suka sebanyak 602 dan sebanyak 38 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan satu gambar Fattah Amin bersama keluarga Amira Othman yang dimuat naik di laman media sosial instagram milik Irfan Haris.
Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa kedua selebriti tersebut kini kelihatan serasi bersama.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Gelagat Fattah Amin Bergambar Dengan Keluarga Amira Othman [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
You must be logged in to post a comment.