Amira Othman & Fattah Amin, Curi Tumpuan Ramai! [VIDEO]
Kompilasi Rakan Artis Menyakat
Amira Othman & Fattah Amin, Curi Tumpuan Ramai! [VIDEO]
Siapa yang tidak kenal dengan Nadia Amira Othman atau lebih dikenali sebagai Amira Othman yang merupakan seorang penyanyi, pengacara televisyen dan pelakon wanita di Malaysia.
Amira Othman memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian, selepas menyertai satu program nyanyian popular pada tahun 2013 iaitu Akademi Fantasia musim ke-10 dan sekaligus mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Kemudian Amira Othman banyak berkecimpung di dalam dunia lakonan sehinggakan setiap drama lakonannya menjadi pilihan ramai.
Selain dirinya, dua adik lelakinya juga turut menceburi bidang nyanyian iaitu Irfan Haris dan Haikal Iskandar. Irfan Haris juga lebih dikenali ramai selepas dia menyertai pertandingan nyanyian Big Stage dan mendapat tempat keempat.
“Yang Paling Win Boss Jakel Tu, Spontan Betul Hahaha”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @fattmiraver yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 167 ribu, tanda suka sebanyak 9,734 dan sebanyak 442 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Amira Othman dan Fattah Amin yang disakat oleh rakan selebriti lain mengenai hubungan mereka itu.
@fattmiraver Dah penuh belum store kaklong ? 🤣💙 #fattahamin #amiraothman #fattmira #AMiracleforFattah #OurFAs #FattAmiraverse
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa perkara yang baik harus dipercepatkan.
Amira Othman & Fattah Amin, Curi Tumpuan Ramai! [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
You must be logged in to post a comment.