Abang maut, adik parah rempuh pokok sawit ketika pulang masjid
Abang maut, adik parah rempuh pokok sawit ketika pulang masjid

JEMPOL: Perjalanan pulang dua beradik ke rumah selepas solat di masjid berakhir tragedi apabila motosikal dinaiki mereka terbabit kemalangan jam 9.15 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Norhisham Mustapar berkata kemalangan di perkampungan FELDA Lui Timur membabitkan motosikal jenis Honda C100 dinaiki mangsa berusia 17 dan 15 tahun.
Kemalangan berlaku selepas penunggang berusia 17 tahun dipercayai gagal mengawal motosikal sebelum terbabas ke bahu jalan sebelah kanan dan melanggar pokok sawit.
“Akibat kemalangan, penunggang dihantar ke Klinik Kesihatan Lui Muda namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan,” katanya.
Katanya, pembonceng yang parah dihantar ke Hospital Jempol.
Abang maut, adik parah rempuh pokok sawit ketika pulang masjid
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
You must be logged in to post a comment.