Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
Tidak boleh dinafikan, sistem beraja di negara kita menggunakan sistem Raja Berpelembagaan.
Dalam sistem Raja Berpelembagaan, Raja Raja Melayu yang memerintah tidak mempunyai kuasa mutlak dalam pentadbiran negara.
Ia berbeza dengan sistem monarki mutlak.
Di mana raja yang memerintah sesebuah negara mempunyai kuasa mutlak di dalam semua perkara, termasuk kuasa pentadbiran.
Dalam sistem Raja Berpelembagaan, kuasa pentadbiran dikuasai sepenuhnya oleh pihak eksekutif yang diketuai oleh perdana menteri.
Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang diperuntukkan di dalam perlembagaan mengenai kuasa mutlak atau kuasa prerogatif Raja Raja Melayu.
Segala keputusan adalah tertakluk kepada keputusan Raja Raja Melayu dan TIDAK BOLEH dicabar di mana-mana mahkamah.
Selain dari 9 orang raja yang menjadi ketua utama bagi negeri masing-masing, seorang YDP Agong akan dilantik oleh Majlis Raja Raja Melayu setiap 5 tahun.
Baginda YDP Agong mempunyai kuasa yang meliputi cabang eksekutif , legislatif dan kehakiman.
Namun baginda hendaklah bertindak atas nasihat jemaah menteri di dalam membuat sesuatu keputusan.
Antara kuasa prerogatif YDP Agong adalah kuasa untuk memberikan pengampunan, menangguhkan hukuman dan meringankan hukuman.
Dalam sejarah Pengampunan Di Raja, terdapat 4 kes berprofil tinggi di negara kita.
Pada 1 Ogos 1981, Dato Harun Idris telah dibebaskan setelah mendapat pengampunan dari YDP Agong ketika itu, Almarhum Sultan Ahmad Shah.
10 Julai 1991, Datuk Mokhtar Hashim dibebaskan selepas mendapat pengampunan dari YDP Agong ketika itu, Almarhum Sultan Azlan Shah.
15 Mei 2018, DS Anwar Ibrahim dibebaskan selepas mendapat pengampunan dari YDP Agong ketika itu, Sultan Muhammad V.
Pengampunan Dato Harun dan Datuk Mokhtar tidak dicabar di mahkamah.
Walau bagaimana pun, pengampunan Anwar dicabar di mahkamah.
Tetapi mahkamah membuat keputusan, kuasa pengampunan adalah kuasa prerogatif YDP Agong dan tidak boleh dicabar di mahkamah.
Tetapi dalam pengampunan yang keempat, titah tambahan pengampunan DS Najib kini sedang dicabar di mahkamah.
Apa Kesannya Sekira Titah Adendum Di Tolak
Ada implikasi terhadap kuasa prerogatif dan kedaulatan Raja Raja Melayu sekiranya mahkamah memutuskan untuk menolak titah adendum dari YDP Agong.
Ianya akan menjadi precedent dan menjadi rujukan mahkamah di masa akan datang.
Malah, ianya umpama meletakkan kedudukan dan kedaulatan Raja Raja Melayu berada di bawah kuasa eksekutif dan kuasa mahkamah.
Sekiranya ini berlaku, mungkin selepas ini, apa sahaja keputusan dari Raja Raja Melayu akan secara berterusan dicabar di mahkamah.
Ini juga akan membuka ruang untuk mempersoalkan kuasa baginda dalam hal yang berkaitan kedudukan agama Islam, kedudukan Raja Raja Melayu, keistimewaan bangsa Melayu dan Bumiputera dan Bahasa Melayu swbagai bahasa kebangsaan.
Di manakah kita letakkan kedudukan YDP Agong dan Raja Melayu sebagai Ketua Utama Negara dan negeri masing-masing?
Negara kita negara berdaulat, raja kita raja berdaulat dan bangsa kita adalah bangsa berdaulat.
Janganlah dibocorkan payung negara yang selama ini memayungi kita.
Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
Di Syorkan Untuk Anda:
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
You must be logged in to post a comment.