Kieda Bersemuka Dengan Ibu Tunggal Keji Crepe Tak Sedap

‘Jumlah Makanan RM25, Saya Transfer RM50’ May 7th, 2025 | by Hanis Zariman

Kieda Bersemuka Dengan Ibu Tunggal Keji Crepe Tak Sedap

Gara-gara memberi ulasan buruk mengenai crepe, usahawan Kieda Crepe bertindak berjumpa individu itu kerana tindakannya memberi kesan negatif terhadap syarikat miliknya.

Akui kesilapan

Kieda Bersemuka Dengan Ibu Tunggal Keji Crepe Tak Sedap

Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Siti Nur Khalieda Yusra, 28, memuat naik video memaparkan wanita bernama Nur Zamilah Shaari membuat permohonan maaf di hadapannya.

Zamilah mengakui kesilapannya kerana memberi ulasan negatif berkenaan produk makanan yang dijual Kieda.

Sementara itu, Kieda memaklumkan permohonan maaf itu diterima dan kes tersebut tidak akan diteruskan ke mahkamah.

Contohlah, awak ada beli produk Kieda dan rasa tidak sedap, cukuplah ia diberitahu dengan saya dan saudara mara sahaja.

Tidak perlu burukkan nama kedai itu di media sosial sebab syarikat saya ada banyak perut yang saya kena isi.

Saya boleh pulangkan semula duit awak.

Kata Kieda, dia berharap agar video tersebut memberi pengajaran kepada orang ramai yang cuba untuk memburukkan nama syarikatnya.

Dalam pada itu, Kieda juga memaklumkan dia sudah memulangkan semula duit Zamilah.

Sebelum ini, Zamilah memuat naik hantaran di WhatsApp Story menyatakan crepe yang dijual oleh Kieda tidak sedap seperti yang diuar-uarkan orang ramai.

Zamilah turut mencemuh produk jualan itu serta membuat perbandingan dengan jenama lain yang menjual crepe.

Sumber: TikTok

Kieda Bersemuka Dengan Ibu Tunggal Keji Crepe Tak Sedap

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker