Kelong roboh: Seorang pemancing hilang, 7 selamat
Kelong roboh: Seorang pemancing hilang, 7 selamat

BATU PAHAT: Seorang pemancing dikhuatiri hilang manakala tujuh termasuk tiga warga asing terselamat selepas sebuah kelong memancing roboh pada kedudukan satu batu nautika dari Sungai Lurus, Senggarang di sini, awal pagi tadi.
Kejadian dipercayai berlaku ketika semua mereka dikatakan sedang memancing di kelong yang diperbuat daripada kayu sekitar jam 2 pagi.
Komander Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat Rengit, Mohd Nazri Hassan, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.36 pagi daripada seorang mangsa.

Seramai enam anggota bomba, polis dan Maritim Malaysia bergegas ke lokasi bagi mencari dan menyelamat mangsa.
“Menurut maklumat diterima, mangsa yang hilang adalah Mohd Faizal Mohd Noor, 45, manakala mereka yang terselamat pula berusia antara 31 hingga 52 tahun.
“Salah seorang mangsa terselamat memberitahu, kelong tiba-tiba roboh ketika mereka sedang memancing menyebabkan mereka terjatuh ke laut.
Kelong roboh: Seorang pemancing hilang, 7 selamat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.