Juara 13 kali, China lawan Malaysia di suku akhir
Juara 13 kali, China lawan Malaysia di suku akhir

Kuala Lumpur: Skuad badminton negara berdepan laluan berliku di suku akhir Piala Sudirman apabila diundi berdepan juara 13 kali, China di suku akhir, esok.
Impian skuad negara untuk melangkah ke separuh akhir sekali gus mengulangi pencapaian 2023 tampak sukar selepas menduduki carta Kumpulan C sebagai naib juara apabila tewas kepada Jepun 2-3 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan hari ini.
Kini, skuad kebangsaan perlu bersiap sedia untuk menghadapi cabaran sukar menentang tuan rumah, pasukan paling berjaya dalam sejarah kejohanan itu.
Untuk rekod Malaysia masih belum pernah menjuarai kejohanan itu sejak ia mula diperkenalkan pada 1989.
Pencapaian terbaik skuad negara adalah mara sebanyak tiga kali ke separuh akhir iaitu pada 2009, 2021 dan 2023.
Sementara itu tiga lagi pertarungan di suku akhir menyaksikan Jepun akan berdepan Taiwan, Denmark bertemu naib juara edisi lalu, Korea Selatan dan Indonesia akan membuat perhitungan dengan Thailand.
Juara 13 kali, China lawan Malaysia di suku akhir
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.