Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
2 kejadian yang berlaku di negara kita baru-baru ini cukup mengejutkan dan menggemparkan semua rakyat Malaysia.
Kedegilan dan keangkuhan pekebun haram ladang durian Musang King yang menjarah berbelas ribu ekar tanah kerajaan negeri Pahang telah menimbulkan kemarahan banyak pihak.
Mereka bukan sahaja degil dan engkar perintah yang telah dikeluarkan oleh mahkamah.
Malah ketika pihak berkuasa negeri mula mengambil tindakan tegas, mereka dikatakan telah membantah secara kekerasan.
Lebih dari itu, apabila pihak berkuasa negeri meminta bantuan dari pihak polis, mereka dengan angkuhnya telah mengusir pihak polis.
Ini menyebabkan Al Sultan Abdullah, raja yang memerintah negeri Pahang sendiri campurtangan.
Apabila pihak polis mengerahkan pasukan bersenjata berat yang terdiri dari PGA membantu, pekebun haram tersebut telah menukar strategi.
Terpekik terlolong pekebun haram tersebut menuduh kerajaan negeri melakukan kezaliman ke atas mereka.
Tanah itu hak mereka dan kerajaan negeri sepatutnya mengeluarkan geran kepada mereka.
Tindakan kerajaan negeri menebang kesemua pokok durian yang telah mereka kutip hasilnya selama sedekad, telah menyebabkan mereka kerugian.
Apa yang mereka tidak katakan ialah, agaknya bila nenek moyang mereka beli tanah itu dari kerajaan negeri Pahang.
Dan berapa puloh juta ringgit pula telah masuk ke poket mereka selama ini.
Harap LHDN jangan pula buat-buat lupa untuk tuntut cukai tertunggak.
Jangan gunakan alasan hasil haram tidak boleh dikenakan cukai.
Kalau DS Najib boleh dikenakan cukai ke atas duit yang didakwa diseleweng dari 1MDB, tidak ada sebab mengapa hasil pekebun haram itu tidak boleh dikenakan cukai.
SPRM pula janganlah pula buat-buat lupa untuk buka kertas siasatan di bawah AMLATFPUA.
Isu Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit
Belum reda sepenuhnya isu pekebun haram di Raub, Pahang, timbul pula satu lagi isu yang menggemparkan kita semua.
Sempena lawatan Presiden China, Xi Jinpeng, Sin Chew Daily telah menerbitkan imej Jalur Gemilang dan bendera China di atas sebuah tongkang.
Apa yang menimbulkan kemarahan kita semua adalah, imej Jalur Gemilang yang diterbitkan itu telah dihilangkan imej bulan sabit dan imej bintang pula entah pecah berapa.
Dan seperti biasa, bila rakyat Malaysia marah, maka Sin Chew Daily minta maaf dengan alasan klishe, kesilapan teknikal.
Alasan yang diberikan bukan sahaja memarakkan lagi kemarahan rakyat Malaysia, malah YDP Agong sendiri telah murka dan menolak alasan yang diberikan.
Mana mungkin sebuah syarikat akhbar yang sudah bertapak selama 96 tahun boleh melakukan kesilapan sebegitu.
Apakah pejabat penerbitan Sin Chew Daily tidak pernah menaikkan Jalur Gamilang di premis mereka?
Cuba lihat di kawasan perindustrian, pasti akan ada Jalur Gemilang berkibar megah di setiap premis.
Di sekolah, di setiap bangunan pencakar langit di sekitar Lembah Klang sudah pasti ada Jalur Gemilang yang berkibar.
Malah budak sekolah tadika juga kenal dengan Jalur Gemilang.
Tidak mungkin pengurusan tertinggi Sin Chew Daily yang berstatus datruk dan nenek tidak kenal atau tidak pernah melihat Jalur Gemilang.
Ekoran lawatan Xi Jinping ke Malaysia, orang Melayu telah dihina oleh penyokong tegar Donald Trump, Bill O’Reilly.
Di Mana Menghilangnya Politikus Yang Lantang Bercakap Mengenai Kedaulatan Negara Dan Bangsa Melayu
Ketika kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara diperlekehkan.
Ketika titah Raja Melayu diengkari dan maruah orang Melayu dihina di pentas antarabangsa, mana perginya politikus yang selama ini mendakwa akan mempertahankannya?
Sunyi sepi seribu bahasa.
Tiba-tiba, bila menjelang kempen pilihan raya DUN Ayer Kuning, muncul presiden parti yang berjenamakan Islam mengeluarkan fatwa yang mengelirukan.
Kemenangan politik lebih penting dari tunaikan haji dan umrah, kata Hadi Awang.
Penulis tidak menafikan Hadi adalah seorang yang mempunyai ilmu yang tinggi di dalam jurusan Sains Politik Islam.
Tetapi adakah orang yang berilmu itu boleh dikatakan sebagai orang yang bertaqwa.
Berilmu dan bertaqwa adalah 2 perkara yang berbeza, meski pun tidak boleh dinafikan, taqwa akan datang apabila adanya ilmu.
Siapa makhluk Allah SWT yang paling berilmu?
Sudah tentu Azazil atau pun Iblis laknatullah.
Apakah ilmu yang ada pada Azazil itu telah membuatkan beliau menjadi makhluk yang bertaqwa?
Di dalam Al Quran, Allah SWT menggunakan panggilan wahai orang yang beriman, wahai orang yang bertaqwa, wahai orang beramal soleh.
Kenapakah tidak digunakan panggilan wahai orang yang berilmu?
Fikirkanlah sendiri.
Lupa nak tanya, bila kali terakhir Hadi tunaikan haji?
Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
Di Syorkan Untuk Anda:
- Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
You must be logged in to post a comment.