Mbappe bangga ikut jejak Ronaldo

Mbappe bangga ikut jejak Ronaldo

Mbappe bangga ikut jejak Ronaldo
REAKSI Kylian Mbappe pada perlawanan awal pagi tadi. FOTO AFP

Mbappe meledak dua gol ketika menentang Leganes dalam saingan La Liga, awal pagi tadi, sekali gus menyaksikannya menjaringkan 33 gol dalam 44 perlawanan di semua kejohanan.

Jumlah itu sama seperti yang dicapai idolanya, Ronaldo, pada musim 2009-10 selepas berpindah dari Manchester United.

Bintang Portugal itu kemudian mencipta sejarah sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Real Madrid dengan 450 gol.

“Ia sangat istimewa… dapat menyamai jumlah gol Cristiano adalah sesuatu yang baik,” kata Mbappe kepada Real Madrid TV.

“Kita semua tahu betapa besarnya pengaruhnya di Real Madrid. Saya sering berhubung dengannya, dia banyak memberi nasihat kepada saya, dia menjaringkan banyak gol – tetapi yang lebih penting, kami perlu memenangi trofi di sini,” katanya lagi.

Mbappe membuka jaringan menerusi sepakan penalti bergaya Panenka sebelum melengkapkan kebangkitan Real Madrid menerusi sepakan percuma dalam kemenangan 3-2 di Santiago Bernabeu.

Kemenangan itu membolehkan Madrid menyamai kedudukan pendahulu liga, Barcelona, sebelum kelab Catalan itu berdepan Girona.

Jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti, memuji prestasi cemerlang Mbappe, yang kini semakin menyerlah selepas permulaan yang tidak konsisten sejak menyertai kelab itu dari Paris Saint-Germain (PSG) musim panas lalu.

“Dia bermain dengan sangat baik, lebih aktif dan sering membantu pasukan. Dia melakukan perbezaan, dan itulah yang kami mahukan daripadanya,” kata Ancelotti kepada wartawan.

Mbappe bangga ikut jejak Ronaldo

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker