Zamri Vinoth direman dua hari

Zamri Vinoth direman dua hari

Zamri Vinoth direman dua hari
Zamri Vinoth. – Foto FB Zamri Vinoth

KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas Zamri Vinoth direman dua hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes menghina agama dan menggugat ketenteraman awam di laman sosial Facebook.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata lelaki berusia 41 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998.

“Perintah reman dikeluarkan Majistret Ana Rozana Mohd Nor di Mahkamah Kangar, Perlis kira-kira 9.30 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Media semalam melaporkan lelaki berusia 41 tahun itu ditahan pada jam 3.30 petang, di Kangar, Perlis.

Razarudin dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang penganggur berusia 62 tahun pada jam 6.30 petang kelmarin.

Pengadu mendakwa terbaca satu komen di media sosial atas nama Zamri Vinoth mengenai hasil rundingan berkenaan penempatan semula tapak sebuah kuil Jalan Munshi Abdullah, di sini, yang berunsur hasutan dan mencemarkan agama Hindu.

Susulan itu, polis menahannya dan merampas sebuah telefon bimbit untuk membantu siasatan lanjut.

Zamri Vinoth direman dua hari


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker