Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
Dalam pemilihan CEC yang di adakan baru-baru ini, kem Lim Guan Eng telah menerima tamparan yang cukup hebat.
Adik Lim Guan Eng, Lim Hui Ying, yang menjawat jawatan Timbalan Menteri Kewangan II telah tersingkir dari senarai 30 teratas.
Malah Lim Guan Eng sendiri cuma mendapat markah kasihan apabila hanya menduduki di tangga ke 26.
Sebagai saguhati, Lim Guan Eng hanya ditawarkan jawatan sebagai penasihat DAP yang tidak mempunyai apa-apa kuasa eksekutif di dalam DAP.
Sumber dalaman DAP mendakwa, kejutan ini adalah kerana unfinished business antara Lim Guan Eng dengan Nga Kor Meng.
Sejauh mana kebenarannya, tidak dapat dipastikan.
Apa Kaitan Lim Guan Eng Dengan MBI Group?
Kes terowong Pulau Pinang Guan Eng masih diteruskan di mahkamah dan Bukit Aman dilaporkan berpindah untuk menyiasat jejak wang Tedy Teow.
Di dakwa ada maklumat yang mengaitkan Lim Guan Eng dengan Tedy.
Tedy ialah pengasas pengendali permainan wang yang terkenal MBI Group.
Mereka mengendalikan penipuan pelaburan MCoin dan Ponzi pemasaran MLM untuk menipu pelabur di Malaysia, China, Thailand dan Indonesia bernilai berbilion Ringgit.
Dia ditangkap di Thailand pada 2022 selepas bertahun-tahun melarikan diri.
Malaysia meminta ekstradisinya untuk menghadapi tuduhan penipuan dan pengubahan wang haram.
Tetapi dia akhirnya diekstradisi ke China pada Ogos 2024.
The Edge melaporkanBukit Aman telah memanggil tokoh korporat yang dikaitkan dengan jejak wang MBI.
Antaranya dipercayai mempunyai kaitan dengan Ivory Property Berhad, satu daripada empat syarikat pembangunan hartanah yang berkait rapat dengan Lim Guan Eng.
Dengan polis perlu membuat susulan mengenai petunjuk dari China, adakah Ivory Property akan mengheret sama Lim Guan Eng dan DAP?
Kaitan MBI Dengan PAS Kedah
MBI juga dikenal pasti mempunyai hubungan dengan Widad Berhad, syarikat Menteri Besar PAS Kedah.
Sebelum ini beliau dengan bangganya mengumumkan untuk membina projek berbilion-bilion Langkasuka di Langkawi dengan pelaburan dari UAE.
Satu lagi syarikat yang dikaitkan dengan MBI ialah syarikat pembangunan dengan projek di Kulim, ECK Development.
Ini bermakna MBI boleh terlibat dalam projek kegemaran Sanusi, Lapangan Terbang Kulim.
Sementara tunggu siasatan selesai sepenuhnya, jangan kita buat spekulasi, tetapi sediakan Super Ring banyak-banyak.
Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
Di Syorkan Untuk Anda:
- Kuantan Move Gagal, Bersatu Semakin Layu
- Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?
- Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta
You must be logged in to post a comment.