Bapa lemas cuba selamatkan anak jatuh dalam sungai
Bapa lemas cuba selamatkan anak jatuh dalam sungai

SHAH ALAM: Seorang lelaki lemas dipercayai ketika cuba menyelamatkan anaknya yang terjatuh ke dalam sungai ketika memancing di Kampung Bukit Jati, Klang, dekat sini, malam ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai insiden itu pada jam 7.42 malam.
Berdasarkan maklumat awal, beliau berkata, terdahulu lelaki berusia 40 tahun itu dikatakan sedang memancing bersama anak lelaki berumur 11 tahun.
“Mangsa kemudian dipercayai terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan anaknya.
“Anak mangsa berjaya diselamatkan dan dibawa ke hospital oleh orang awam.
“Mayat dilaporkan berjaya ditemui sekitar jam 9 malam pada jarak tiga meter dari lokasi mangsa dipercayai jatuh. Operasi membawa naik mayat dilakukan anggota bomba bertugas,” katanya dalam satu kenyataan.
Ahmad Mukhlis berkata, operasi itu membabitkan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Klang Selatan.
You must be logged in to post a comment.