Pengadil akan jelaskan keputusan VAR di separuh akhir Piala Itali

Pengadil akan jelaskan keputusan VAR di separuh akhir Piala Itali

Pengadil akan jelaskan keputusan VAR di separuh akhir Piala Itali
TEKNOLOGI ini membolehkan pengadil berkomunikasi dengan penyokong untuk menerangkan keputusan. FOTO Reuters

Milan: Keputusan Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam separuh akhir dan final Piala Itali bakal lebih mudah difahami apabila pengadil akan memberikan penjelasan terus kepada penyokong di stadium serta penonton di rumah.

Serie A dalam kenyataan hari ini mengesahkan ujian teknologi audio itu akan digunakan dalam aksi separuh akhir dua pusingan, termasuk pertembungan tetangga Milan, serta final pada Mei nanti.

Menurut liga bola sepak utama Itali itu, teknologi ini membolehkan pengadil berkomunikasi dengan penyokong untuk menerangkan keputusan yang dibuat selepas semakan di monitor tepi padang.

Selain itu, bermula hujung minggu ini, perlawanan Serie A juga akan memperkenalkan sistem ‘VARDict’ yang akan memaparkan maklumat semakan VAR di skrin besar stadium, termasuk sama ada keputusan asal dikekalkan atau diubah.

Langkah ini dijangka meningkatkan kefahaman penyokong terhadap keputusan pengadil, sekali gus mengurangkan kekeliruan dan kontroversi berkaitan VAR.

Pengadil akan jelaskan keputusan VAR di separuh akhir Piala Itali


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker