Pencuri guna gerudi curi duit tabung surau

Pencuri guna gerudi curi duit tabung surau

Pencuri guna gerudi curi duit tabung surau
Rakaman CCTV yang memaparkan seorang lelaki memecah masuk ke sebuah surau di Kampung Mambau, di sini, dan mencuri duit tabung. Foto tular.

SEREMBAN: Ketika orang lain mula berpuasa, seorang lelaki sanggup menggunakan gerudi untuk memotong mangga pada pagar jeriji besi sebuah surau dekat Kampung Mambau, di sini, pagi Sabtu lalu untuk mencuri duit tabung.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 pagi itu, penduduk mendakwa suspek dikatakan menaiki motosikal berkuasa tinggi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, kejadian itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) surau berkenaan.

“Pihak polis menerima satu laporan polis dibuat bilal Surau Al-Muqarrabin yang dikatakan dipecah masuk dan tabung derma dalam keadaan diumpil.

“Semakan pada rakaman CCTV menunjukkan kehadiran seorang lelaki tidak dikenalpasti memakai topi keledar dan jaket berwarna gelap dari arah belakang surau,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, suspek dipercayai memecah masuk surau dengan memotong kunci yang terdapat pada pintu jeriji besi sebelah kanan surau menggunakan gerudi.

Jelas beliau, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan giat memburu suspek.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini boleh menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban 06-6033222 atau Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohd Hazrat Abdul Rashid di talian 011-61929004,” katanya.

Pencuri guna gerudi curi duit tabung surau


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker