Brennan menang peringkat pertama Tour of Catalonia

Brennan menang peringkat pertama Tour of Catalonia

Brennan menang peringkat pertama Tour of Catalonia
BRENNAN meraikan kejayaan menjuarai peringkat pertama Tour of Catalonia. FOTO AFP

Barcelona: Pelumba Britain, Matthew Brennan memecut ke garisan penamat untuk memenangi peringkat pertama Tour of Catalonia dalam hujan lebat, menewaskan Tibor del Grosso.

Brennan, 19, yang mewakili pasukan Visma, memintas pelumba Belanda itu dalam pecutan dramatik di penghujung perlumbaan sejauh 178.3 kilometer (km) yang bermula dan berakhir di Sant Feliu de Guixols.

Pelumba muda itu meraikan kemenangan profesional keduanya selepas menjuarai GP de Denain minggu lalu dengan kepakaran pecutannya.

Dia menamatkan perlumbaan dalam tempoh lebih empat jam 25 minit dalam keadaan cuaca buruk.

Pelumba pecut Kaden Groves muncul naib juara, manakala rakan sepasukan dari Alpecin-Deceuninck, Del Grosso, yang sebelum itu cuba melakukan pemecahan, terpaksa berpuas hati di tempat ketiga.

Tour of Catalonia tahun ini tidak menyaksikan penyertaan juara bertahan Tadej Pogacar dan Jonas Vingegaard, menjadikan juara 2023 Primoz Roglic serta pemenang Tirreno-Adriatico, Juan Ayuso sebagai pilihan utama untuk kejuaraan keseluruhan.

Peringkat kedua pada Selasa bakal membawa pelumba merentasi laluan sejauh 177.3km dari Banyoles ke Figueres.

Brennan menang peringkat pertama Tour of Catalonia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker