Kuantan Move Gagal, Bersatu Semakin Layu
Kuantan Move Gagal, Bersatu Semakin Layu
Kuantan Move yang dirancang Perikatan Nasional untuk tebuk atap sudah boleh dianggap gagal sepenuhnya.
Budak kita yang sekali lagi akan diangkat sebagai perdana menteri boneka kini sedang bertungkus lumus untuk selamatkan diri dari SPRM.
Tidak ada persefahaman antara PAS dan Bersatu mengenai calon perdana menteri di dalam Kuantan Move.
PAS bertegas mahu supaya calon perdana menteri Kuantan Move mesti terdiri dari pemimpin mereka.
Manakala Bersatu pula tetap mahu calon perdana menteri terdiri dari pemimpin mereka.
Masih ingat perbalahan antara pemimpin PAS dan Bersatu mengenai calon perdana menteri?
Sebagai jalan keluar, maka sekali lagi pemimpin UMNO dicadangkan untuk dilantik sebagai perdana menteri boneka.
Jawatan perdana menteri diberikan kepada calon UMNO, tetapi kuasa perdana menteri, mesti diserahkan kepada PAS dan Bersatu.
Pemimpin UMNO tersebut pun sememangnya mempunyai track record yang baik sebagai perdana menteri boneka.
Tapi kini segala-galanya sudah hancur.
Pemimpin parti Bersatu yang sangat berharap agar Kuantan Move berjaya, kini sudah seperti cacing kepanasan.
Kes Muhyiddin kini sudah hampir mula untuk dibicarakan.’
Manakala kes minyak masak anak Hamzah Zainuddin pula sudah mula dibicarakan di mahkamah.
Bagi Azmin pula, selagi Perikatan Nasional belum menjadi kerajaan, kes pasir dan kes video kabur akan sentiasa mengikat beliau.
Ibarat lembu yang dicucuk hidung, setiap langkah yang beliau mahu lakukan, mesti mendapat restu dari PKR.
Kalau tidak, pada bila-bila masa, beliau akan turun naik mahkamah.
Perpecahan Dalaman Bersatu
Perpecahan dalaman Bersatu pula kini dilihat sudah menjadi bisol yang akan meletuskan nanah dan darah pada bila-bila masa.
Walau pun pemilihan Bersatu sudah berlalu, namun perang antara kem Hamzah dan kem Azmin kini menjadi semakin ketara.
Manakala kem Muhyiddin pula sudah menjadi semakin lemah dan tersepit di tengah-tengah.
Malah Muhyiddin kini sudah dilihat sebagai liabiliti bukan sahaja kepada Bersatu, malah Perikatan Nasional.
Satu-satunya cara yang boleh menyelamatkan mereka adalah sekiranya mereka berjaya menjadi kerajaan walau dengan apa cara sekali pun.
Adakah kita masih lagi mahu percaya bila mereka katakan perjuangan politik mereka adalah untuk rakyat???
Kuantan Move Gagal, Bersatu Semakin Layu
Di Syorkan Untuk Anda:
- Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?
- Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta
- Kenapa Mahathir Bela Ismail Sabri Dalam Kes RM170 Juta
You must be logged in to post a comment.