Wanita cuci, seterika duit untuk kelihatan baru [VIDEO]

Wanita cuci, seterika duit untuk kelihatan baru

Wanita cuci, seterika duit untuk kelihatan baru
Tangkap layar menunjukkan wang kertas yang dikeringkan di ampaian sebelum diseterika. – TikTok

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia mengundang perhatian ramai kerana mencuci sejumlah wang kertas lama sebelum diseterika untuk kelihatan baru, lapor portal berita Batam Pos semalam.

Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @suciwahyuningsih memaparkan wanita itu memasukkan wang kertas bernominasi 5,000 rupiah (RM2), 10,000 rupiah (RM3) dan 20,000 rupiah (RM6) ke dalam mesin basuh.

@suciwahyuningsih_

Kesibukan di luar live #thr #pitrah

♬ DJ Cantelo – Angi Lay

Dia turut meletakkan serbuk pencuci pakaian dan dibiarkan rendam selama sejam

Selepas dicuci, wang tersebut dijemur di ampaian sebelum diseterika untuk kelihatan baru.

“Sebelum disetrika, jangan lupa alaskan kertas. Wang lama terus jadi baharu,” demikian menurut keterangan video itu.

Klip video tersebut mencatatkan lebih 3.9 juta dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Definisi sebenar cuci duit,” kata seorang netizen.

“Tolong hantar alamat, saya sudah bawa plastik,” kata seorang pengguna media sosial lain. – AGENSI

Wanita cuci, seterika duit untuk kelihatan baru


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker