Van der Poel takluk Milan-San Remo sekali lagi

Van der Poel takluk Milan-San Remo sekali lagi

Van der Poel takluk Milan-San Remo sekali lagi
VAN Der Poel dari pasukan Alpecin-Deceuninck meraih kejuaraan Milan-San Remo. FOTO AFP

San Remo: Mathieu van der Poel sekali lagi membuktikan kehebatannya apabila menjuarai Milan-San Remo buat kali kedua selepas aksi sengit.

Pelumba Belanda berusia 30 tahun itu mengatasi Tadej Pogacar dan Filippo Ganna dalam pertarungan sengit di penghujung perlumbaan sejauh 289 kilometer.

Van der Poel menamatkan rentetan 17 tahun tanpa juara berulang apabila mengulangi kejayaannya dua tahun lalu di Via Roma, sekali lagi menewaskan Pogacar dan Ganna.

“Sukar untuk dipercayai. Saya sangat fokus untuk menang. Kami tahu Pogacar akan menjadi lawan yang kuat, tetapi saya berasa sangat baik di penghujung perlumbaan,” katanya.

Menurutnya, dia menggunakan taktik mengejutkan dengan memulakan pecutan dari jarak 300 meter sebelum garisan penamat.

“Mereka mungkin menjangka saya akan membuat pecutan pendek, jadi saya gunakan peluang ini dan ia menjadi strategi yang tepat,” tambahnya.

Kemenangan ini juga menghalang Pogacar daripada menjadi pelumba pertama sejak Giuseppe Saronni (1983) yang menjuarai Milan-San Remo sebagai juara dunia.

Mathieu van der Poel sekali lagi membuktikan kehebatannya apabila menjuarai

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker