Pemandu parah bas bawa 20 pelancong China langgar belakang treler

Pemandu parah bas bawa 20 pelancong China langgar belakang treler

Pemandu parah bas bawa 20 pelancong China langgar belakang treler
Kemalangan membabitkan bas dan treler di Lebuhraya ELITE pagi tadi menyebabkan pemandu bas parah dan 21 penumpang cedera ringan. – Foto ihsan polis

NILAI: Pemandu bas parah selepas kenderaan membawa 20 pelancong warga China terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 43 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, kejadian kira-kira jam 8 pagi itu turut menyebabkan 21 penumpang cedera ringan.

“Kemalangan berlaku ketika bas ekspres membawa 20 penumpang warga China dan seorang jurubahasa tempatan dari arah Kuala Lumpur menghala Singapura.

“Apabila sampai di tempat kejadian, bas terbabit tiba-tiba melanggar bahagian belakang sebuah treler yang dikatakan sedang mendaki di lorong kiri.

“Kejadian menyebabkan pemandu parah dan penumpang bas serta pemandu lori treler mengalami kecederaan ringan. Semua mangsa menerima rawatan di Hospital Putrajaya, Hospital Cyberjaya dan Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pemandu parah bas bawa 20 pelancong China langgar belakang treler

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker