Atikah Suhaime Kesal Dengan Sikap ‘Haters’ Di TikTok? [VIDEO]
“Makan Sayur Kena Kecam…”
Atikah Suhaime Kesal Dengan Sikap ‘Haters’ Di TikTok? [VIDEO]
Umum mengetahui, pelakon Datin Atikah Suhaime telah selamat melahirkan cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya pada 8 Mac lalu.
Melahirkan bayi perempuan seberat 2.9 kilogram, Atikah dan suaminya, Datuk Lokman Teh bersepakat menamakan cahaya mata mereka Lyla Mulan Teh.
Sejak sebelum bergelar isteri Atikah sering berkongsi video mukbang bersama peminat-peminatnya di media sosial.
Walaubagaimanapun, Atikah menerusi TikTok Stories, menyatakan bahawa dia sudah mula rasa malas untuk berkongsi video mukbang ketika berpantang disebabkan sikap netizen yang sering memberikan kecaman.
“Ingat nak buat Mukbang Pantang. Tapi malaslah. Asyik kena kecam. Makan sayur kena kecam. Pakai param, pilis pun kena kecam tak pakai.
Cuma video tu Tika lepas mandi, rambut pun nak kasi kering. Malas sangat nak layan TikTok. Dah macam FB dah sekarang ni.”-kesal Atikah Suhaime di TikTok Stories
Tetap Dikritik Sesetengah Netizen?
Dalam pada itu, Atikah tetap mendapat kritikan sesetengah netizen yang menegur dirinya tidak mengikat rambut ketika berpantang.
“Rambut tu ikat la, ni kalau adik-adik aku memang mak aku dah bebel tak berhenti.”
“Tika rambut kena ikat, nanti takut angin.”
“Apa tak ikat rambut, dalam pantang kena ikat rambut.”
“Rambut sentiasa lepas, tak rimas ke?.”
“Ikat rambut bagi tinggi.”
“Komen semua suruh ikat rambut. Makcik-maksik bawa bertenang ye, suruh anak-anak makcik yang buat. Jangan suruh-suruh anak orang.”
@atikahsuhaimeeee Siapa lagi first time mum disini? Kiter gang. 😅 jangan stress, cuba @🌸Hakak tungku🌸 #fyp #firsttimemum #tungkumodern #tungkumahthika #tungkuelectronic
Atikah Suhaime Kesal Dengan Sikap ‘Haters’ Di TikTok? [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET