Suami isteri, pengarah syarikat ditahan reman disyaki kemuka tuntutan palsu
Suami isteri, pengarah syarikat ditahan reman disyaki kemuka tuntutan palsu

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan reman sepasang suami isteri serta seorang pengarah syarikat yang disyaki mengemukakan tuntutan yang mengandungi butir matan palsu membabitkan pengeluaran wang syarikat kira-kira RM8.4 juta.
Sumber SPRM memaklumkan, perintah reman selama empat hari bermula hari ini sehingga Sabtu terhadap dua suspek lelaki, dikeluarkan Majistret Nabila Nizam di Mahkamah Majistret Johor Bahru, Johor pagi tadi, manakala seorang lagi suspek dibebaskan dengan jaminan SPRM.
Menurut sumber, ketiga-tiga suspek yang terdiri daripada dua orang lelaki dan seorang wanita berusia antara 30 dan 60-an itu ditahan antara jam 3 petang hingga 11 malam semalam, ketika hadir memberi keterangan di SPRM, Johor.
“Siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek yang masing-masing merupakan pengarah dan konsultan syarikat, disyaki bersubahat mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu untuk mengeluarkan wang syarikat berjumlah kira-kira RM8.4 juta,” menurut sumber.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Suami isteri, pengarah syarikat ditahan reman disyaki kemuka tuntutan palsu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?