Nur Sajat – Bagi La Peluang Saya Raya Dengan Keluarga & Anak-Anak

Nur Sajat – Bagi La Peluang Saya Raya Dengan Keluarga & Anak-Anak

Nur Sajat - Bagi La Peluang Saya Raya Dengan Keluarga & Anak-Anak

Usahawan sensasi, Nur Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman sebelum ini seolah-olah memberikan bayangan bahawa dia sudah kembali ke tanah air selepas menetap di Australia selama beberapa tahun.

Menerusi hantaran di Instagram baru-baru ini, Sajat turut menyifatkan tinggal di negeri adalah lebih baik berbanding di negara orang.

“Alhamdulillah selamat sampai . Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. #balik kampung.”-kapsyen Sajat di Instagram

Mohon Orang Ramai Beri Peluang

Dalam pada itu, Sajat menerusi Insta Stories memohon orang ramai untuk memberinya peluang untuk meraikan Aidilfitri kali ini bersama keluarga dan anak-anak.

“Ramai pula tengok story kita. Jangan risau, Sajat balik cuti raya je, habis cuti balik OZ balik.

 

 

I takkan ambil crown stay sini sis. Bagi lah saya peluang raya dengan keluarga dan anak-anak.”-kapsyen Sajat di Instagram

Nur Sajat - Bagi La Peluang Saya Raya Dengan Keluarga & Anak-Anak

“Selamat Kembali, Semoga Baik-Baik Selalu…”

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi rasa teruja dengan kepulangan Sajat sempena Syawal kali ini.

“Risau pulak nanti ada yang mendengki bila Sajat balik Malaysia ni.”

“Alhamdulillah, kalau betul jat balik Malaysia. Mesti mak/ayah gembira.”

“Selamat kembali, semoga baik-baik selalu kami doakan.”

“Alhamdulillah selamat kembali sis. Moga-moga dipermudahkan segala urusan sis di sini. Aamin. Jangan pedulikan komen negatif ya. Ingat anak-anak dan orang tua kita. Stay strong.”

Nur Sajat – Bagi La Peluang Saya Raya Dengan Keluarga & Anak-Anak

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker