Gelagat Che Ta Buat Dodol Bersama Adik-Beradiknya, [VIDEO]
Raih Perhatian Ramai!-“Macam Sekampung Riuh Rendahnya Tu”
Gelagat Che Ta Buat Dodol Bersama Adik-Beradiknya, [VIDEO]
Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta, merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia. Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.
Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya iaitu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.
“Bestnya Ramai Adik Beradik Perempuan, Memang Riuh Masa Raya”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Ta yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 27 ribu, tanda suka sebanyak 423 dan sebanyak 20 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Che Ta bersama adik beradiknya sedang membuat dodol sambil memakai kaftan keluarannya itu.
@rozitachewan1 Yg nak dodoi ni , kami tl juai tau .. buat utk mkn seniqi jaaaaa😬. Tapi kalau nak KAFTAN CHE TA ni , boleh tekan bag kuning🥰 . #kaftancheta #cheta #rcw #rozitachewan #kaftanviral #kaftanexclusive
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa semestinya hari raya merekaakan meriah jika berkumpul beramai ramai.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?