Anak Aliff Syukri Dedah Sikap Ibu & Kakaknya [VIDEO]

 

Gelagat anak lelaki usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida iaitu Yusof Al Qardawi mencuit hati netizen apabila disoal mengenai sikap ibu serta adik beradiknya.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh Datin Shahida di Instagram, menyifatkan Yusuf adalah seorang yang sangat jujur apabila disoal serta tidak meragui setiap perkataan yang keluar dari mulut anak lelakinya itu.

“Mak saya, Shahida kan, tahu kan? Diorang treat saya macam mana? Okay, mama, erm marah-marah sikit. Sikit je. Tapi, kalau saya nak itu, ini mama bagi okay.

Sekarang, kita bagi tahu Cess (Qadejah). Tahu kan Cess? Kalau saya tak punya salah, Raudah punya salah, Qadejah yang marah saya, tak Raudah. Tapi, dia bagi saya barang, dia bagi saya hadiah.”-kata Yusoff di Instagram

“Ya Allah Rasanya Macam Semalam Je Yusoff Al Qardawi Ni Lahir…”

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur dengan gelagat dan gaya percakapan Yusoff yang disifatkan tenang dan bijak.

“Suka nada dan pace percakapan Yusoff. Tenang dan cool. Harap Yusoff maintain bercakap dengan pace sekarang. Jangan ikut pace nenek, mak ayah, dan kakak. Diorang bercakap macam tak ada hari esok. 50 ribu perkataan seminit.”

“Dalam banyak-banyak anak Datuk Aliff Syukri ni, dak Yusoff ni lah yang nampak bijak berani, confident selamba tak perlu dipaksa-paksa sejak dari kecik lagi. Sangat neutral 😅❤️ berbanding dengan adik beradik lain kadang-kadang nampak macam terpaksa , nampak macam dipaksa.”

“Ya Allah rasanya macam semalam je Yusoff Al Qardawi ni lahir. Dah besar dah dia. Petah pula tu bercakap 😍.”

Apa komen anda?

Anak Aliff Syukri Dedah Sikap Ibu & Kakaknya [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker