Cemburukan isteri, rumah dibakar
Cemburukan isteri, rumah dibakar

JAKARTA – Seorang lelaki di Aceh Utara, wilayah Aceh ditahan setelah diburu sejak Februari lalu kerana membakar rumah milik isterinya, lapor laman berita Kompas semalam.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Aceh Utara, Asisten Komisioner Boestani berkata, suspek yang dikenali sebagai SF, 39, pada 25 Februari lalu membakar rumah mangsa, S, di Kampung U dalam daerah Syamtalira Aron.
Setelah melakukan perbuatan itu, dia melarikan diri dan hidup berpindah-randah bagi mengelak daripada ditangkap.
“Dengan kerja keras pasukan polis, suspek akhirnya ditangkap di lokasi persembunyiannya,” kata Boestani.
Tambahnya, SF membakar rumah isterinya kerana didorong perasaan cemburu yang menjadi punca pertengkaran mereka.
Menurutnya, suspek menuduh mangsa curang kepadanya dan sempat mengugut untuk membakar rumah sebelum benar-benar melakukannya.
“Motifnya adalah cemburu. Ia bukan kali pertama mereka bergaduh kerana cemburu.
“Suspek kini sudah ditahan dan akan disoal siasat untuk tindakan lanjut,” lata Boestani. – AGENSI
Cemburukan isteri, rumah dibakar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET