Anzalna Nasir Terhibur Baca Komen Netizen! [VIDEO]
“Gelak Cam Keldai, Bila Diam Macam Princess”
Anzalna Nasir Terhibur Baca Komen Netizen! [VIDEO]
Nur Anzalna Md Nasir atau lebih dikenali sebagai Anzalna Nasir yang merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau merupakan salah seorang finalis Dewi Remaja 2009/2010 bersama-sama dengan Neelofa, Izara Aishah, Azar Azmi dan Syatilla Melvin. Beliau merupakan kakak kepada pelakon dan model, Mia Nasir, Afifah Nasir.
Bapanya berketurunan Cina manakala ibunya berketurunan Pakistan, Beliau bersekolah di Montreal, Kanada dari 1996 hingga 1998 sementara mengikut ayahnya, Dr. Md. Nasir Ibrahim melanjutkan pengajiannnya di McGill University, Kanada. Beliau mendapat pendidikan awalnya di Coronation Elementary School dan kemudiannya belajar di Sinclair Laird Elementary School dan diikuti oleh Bancroft Elementary School.
Anzalna kembali ke Malaysia dan bersekolah di SMK Munshi Abdullah dan SMK Khir Johari. Beliau meninggalkan Malaysia pada 2004 untuk mengikut bapanya yang melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran di Universiti Tasmania, Australia. Beliau menyambung pelajarannya di Brooks High School, Launceston dan Launceston College di Tasmania untuk mendapatkan Diploma.
“Suami Dia Pun Gelak Sama Dengan Anzalna Takda Cover Dah, Suka Tengok Diorang Ni”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Anzalna Nasir yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 598 ribu, tanda suka sebanyak 29 ribu dan sebanyak 349 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Anzalna Nasir dan suami mendengar komen-komen yang ditulis oleh netizen untuknya itu.
@anzalnanasir Ada orang cakap gelak I bunyi macam keldai, tapi sebenarnya kadang-kadang terkeluar juga bunyi oink oink! Hahahahahaha! Cantik kan baju @JAKELTEXTILE @Hanif Zaki
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa jodoh Anzalna bersama suaminya sangat kuat kerana mereka mempunyai ciri-ciri yang sama.
Anzalna Nasir Terhibur Baca Komen Netizen! [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET