Aaisyah Dhia Rana Shopping Beg Untuk Che Ta [VIDEO]
Aaisyah Dhia Rana Shopping Beg Untuk Che Ta [VIDEO]
Siapa yang tidak mengenali anak kepada pasangan selebriti Malaysia ini, Aaisyah Dhia Rana merupakan anak kepada Zain Saidin dan Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta.
Che Ta merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia. Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.
Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya itu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.
“Tengah Tunggu Tema Apa Laa Baju Raya Diorang Sekeluarga Tahun Ni, Suka Lihat Mereka Sedondon”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Ta yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 474 ribu, tanda suka sebanyak 12 ribu dan sebanyak 138 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Aaisyah bersama abangnya yang memasuki butik beg tangan mewah.
Watch on TikTok
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa mereka tidak sabar menantikan berapa banyak baju raya yang akan dipakai Che Ta dan keluarganya.
Aaisyah Dhia Rana Shopping Beg Untuk Che Ta [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET