Rehat sepanjang Ramadan
Rehat sepanjang Ramadan

RAMADAN tiba lagi dan setiap daripada kita tentunya mempunyai perancangan bagi menyambut ketibaan bulan mulia serta penuh keberkatan ini.
Bagi pelakon cantik, Anna Jobling yang semakin laris dengan tawaran, kehadiran Ramadan adalah peluang untuknya berehat daripada aktiviti lakonan.
Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 24, berkata, dia baru selesai menjalani penggambaran filem dan mahu berehat seketika.
“Saya bukan nak fokus pada puasa kerana pernah menjalani penggambaran ketika berpuasa. Namun keputusan berehat seketika dibuat untuk saya fokus pada kerja yang lain.
“Selepas itu barulah saya teruskan penggambaran seperti biasa. Semasa puasa juga, saya letakkan dalam fikiran, macam kita nak rancang makan apa dan minum apa masa sahur.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
“Saya sebenarnya seorang yang ‘simple’. Saya tak adalah nak kena makan nasi. Buka puasa pun saya bukan sejenis nak 100 jenis kuih atau nak lauk yang banyak,” katanya.
Anna yang kini dilantik sebagai duta barang kemas Tomei berkata, dia juga tidak merancang menyambut Ramadan di Indonesia yang kini menjadi rumah keduanya.
“Tiada perancangan pun nak berpuasa di sana. Saya hanya nak berehat dengan keluarga di Malaysia. Sepanjang Ramadan saya akan berehat.
“Tapi bukan bermaksud saya cuti kerana saya tetap ada kerja nak diselesaikan. Saya cuma tak menjalani penggambaran saja. Tengoklah apa lagi program yang ada. Saya pun akan ke Singapura juga,” katanya.

Berlakon dengan Baim Wong dan Luna Maya
Anna baru saja pulang dari Jogjakarta, Indonesia sebaik selesai penggambaran filem di sana.
“Filem baharu genre seram ‘thriller’ ini menampilkan Baim Wong dan Luna Maya. Layanan mereka terhadap saya sangat baik dan mesra.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?
- Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?
- Apakah Masa Depan UMNO Sebagai Parti Politik Orang Melayu
Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
“Ia buat saya rasa macam keluarga. Walau berbeza daripada segi bahasa dan budaya, tapi semuanya bagus dan okey. Saya bekerja macam biasa dan mereka layan saya pun macam biasa.
“Masa mula-mula berlakon di sana, saya susah nak bertutur bahasa Indonesia. Tapi sebenarnya kita kena bakukan bahasa kita. Bila dengar betul-betul baru saya faham,” katanya.
Dia turut menjelaskan tiada perbezaan daripada segi kerja dan bayaran dengan apa yang diterimanya di Malaysia.
“Cuma khalayak penonton saja berbeza. Seperkara lagi, saya sebenarnya sangat kagum dengan Luna Maya. Sebelum ini banyak kali saya jumpa dia pada acara di Indonesia.
“Apabila berlakon sekali, tentulah saya teruja. Siapa tak kenal Luna Maya. Apabila dapat tawaran dengan dia, memanglah saya ambil. Saya ada babak dengan dia juga.
“Waktu makan tengah hari, dia ajak saya makan sama. Begitu juga Ibu Christine Hakim sangat mesra. Saya banyak belajar dengan mereka,” katanya.
Anna yang menyerlah menerusi drama Melur Untuk Firdaus berkata, kadang-kadang dia berasa bagai bermimpi dapat berlakon dengan mereka.
“Ini rezeki saya. Walaupun mungkin ada yang tak puas hati dengan saya, produksi suka bekerja dengan saya. Itu yang penting bagi saya.
“Apa-apa pun semestinya saya akan seimbangkan Malaysia dan Indonesia kerana akhirnya Malaysia adalah negara saya.
“Inilah tempat yang menaikkan nama saya sebagai pelakon. Saya hanya akan ke Indonesia sekiranya suka dengan projek drama atau filem. Saya akan susun jadual sebaik-baiknya,” katanya yang akan tampil dengan Duyung 2 tahun ini.
Rehat sepanjang Ramadan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET