Pelajar universiti ‘kantoi’ guna AI, kes menipu meningkat 700 peratus

Pelajar universiti ‘kantoi’ guna AI, kes menipu meningkat 700 peratus

Pelajar universiti 'kantoi' guna AI, kes menipu meningkat 700 peratus
FOTO dijana oleh AI

Edinburgh: Penuntut universiti di Scotland ‘kantoi’ menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menipu dalam penilaian akademik dan lebih 1,000 kes pelanggaran direkodkan tahun lalu.

Angka mengejutkan yang dikeluarkan oleh universiti di Scotland menunjukkan peningkatan sebanyak 700 peratus dalam penggunaan AI daripada 131 insiden pada 2022 hingga 2023 kepada 1,051 pada 2023 hingga 2024, yang menambah kebimbangan mengenai teknologi itu.

Portal The Scotsman melaporkan, jurucakap pendidikan Scottish Conservative, Miles Briggs, yang memperoleh data itu melalui undang-undang kebebasan maklumat, berkata trend itu sangat membimbangkan dan memberi amaran bahawa ia mungkin hanya ‘permulaan’ masalah.

Walaupun AI boleh menjadikan universiti lebih cekap dalam menangani tugas pentadbiran dalam masa singkat berbanding kakitangan yang tertekan, terdapat kebimbangan mengenai penuntut yang menggunakan ChatGPT untuk penipuan plagiarisme.

Universiti Abertay di Dundee memperkenalkan kategori kesalahan ‘penggunaan AI yang tidak boleh diterima’ sebagai salah laku akademik pada tahun 2023 dan tahun lalu mengesahkan 342 aduan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas


Dan Universiti Stirling, yang juga menambah kategori AI khusus kepada prosedurnya sebelum 2023 hingga 2024, sejak itu menerima 200 aduan.

Universiti Robert Gordon di Aberdeen menangani 116 kejadian pada 2023 hingga 2024 dan 113 kes diterima di Glasgow Caledonian.

Universiti Glasgow mencatatkan 130 laporan tahun lalu, dengan 86 sudah dikenakan tindakan, walaupun kes itu tidak semestinya disebabkan oleh penyalahgunaan AI sahaja.

Di Universiti Edinburgh, 78 pelajar dikenakan hukuman kerana pelanggaran akademik membabitkan penyalahgunaan AI tahun lalu.

Universiti Heriot-Watt di Edinburgh menerima 42 kes tahun lalu, sementara terdapat 38 kes di Universiti St Andrews, 21 kes di Universiti Aberdeen, lapan kes di Universiti Strathclyde dan tujuh kes di Universiti Highlands dan Kepulauan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?


Universiti Napier di Edinburgh menyatakan ia tidak mempunyai rekod insiden AI dalam tahun akademik dari sejak 2021, manakala Universiti Queen Margaret di ibu negara dan Universiti Dundee kedua-duanya mengatakan mereka tidak membezakan pelanggaran AI daripada kes disiplin lain.

Briggs berkata, angka-angka itu menunjukkan AI sedang ‘merobek’ kebanyakan universiti dan menyebabkan masalah besar kepada pensyarah.

“Fakta bahawa lebih 1,000 kes sudah disiasat dan dibuktikan dalam masa setahun adalah sangat membimbangkan, dan mungkin hanya permulaan masalah ini.

“AI jelas akan tetap ada dan kita perlu menghadapinya, tetapi semua universiti memerlukan sokongan untuk menangani apa yang pada dasarnya adalah penipuan.

“Jika universiti di Scotland dilihat sebagai lemah terhadap penuntut yang menggunakan AI untuk menggantikan pemikiran atau usaha mereka sendiri, ia akan memberi kesan besar terhadap reputasi sektor ini di peringkat antarabangsa,” katanya.

Lembaga Kelayakan Scotland mendapati ramai guru dan pensyarah percaya bahawa perlu ada pembaharuan dalam penilaian di sekolah dan kolej berikutan peningkatan penggunaan AI.

Satu tinjauan terhadap 1,000 penuntut sarjana muda di universiti British menunjukkan peningkatan mengejutkan dalam penggunaan AI generatif pada tahun lalu, dengan 88 peratus responden mengatakan mereka menggunakan alat seperti ChatGPT untuk penilaian mereka, meningkat daripada 53 peratus pada 12 bulan sebelumnya.

 

Pelajar universiti ‘kantoi’ guna AI, kes menipu meningkat 700 peratus


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker