Op Gasak: DBKL sita gerai haram di Bazaria Wangsa Maju, 35 warga asing ditahan
Op Gasak: DBKL sita gerai haram di Bazaria Wangsa Maju, 35 warga asing ditahan

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa menggempur Bazaria Wangsa Maju, di sini susulan Op Gasak bagi membanteras aktiviti perniagaan dan penjaja tanpa lesen serta tidak memenuhi syarat.
Hasil operasi itu, enam gerai dan penjaja tanpa lesen dikenakan tindakan kompaun, manakala 12 tindakan sitaan dikenakan terhadap penjaja warga asing.
Selain itu, operasi digerakkan Dewan Bandaraya Kuala lumpur (DBKL bersama pelbagai agensi itu turut mengarahkan lima gerai ditutup serta-merta, dengan dia ‘food truck’ dikendalikan warga asing turut ditunda.
Selain DBKL turut serta dalam operasi itu adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
DBKL melalui kenyataan memaklumkan selain sitaan gerai, Jabatan Imigresen turut menjalankan pemeriksaan terhadap individu warga asing sebelum 35 daripada mereka ditahan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
Ia membabitkan seorang lelaki Myanmar, 19 lelaki warga Indonesia dan 15 wanita Indonesia atas kesalahan tidak memiliki dokumen sah atau menyalahgunakan permit kerja.​_
KPDN pula mengeluarkan tiga kompaun terhadap gerai yang disyaki melanggar peraturan perdagangan serta melibatkan isu hak cipta dan barangan tiruan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.


Penjaja yang melanggar syarat lesen dikenakan tindakan penguatkuasaan menerusi peruntukan Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974, UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016, UUK Petempatan Makanan (WPKL) 2016 dan UUK Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016.
Op Gasak akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan Kuala Lumpur kekal sebagai sebuah bandar raya yang bersih, teratur, selamat, dan kondusif untuk semua.
Op Gasak: DBKL sita gerai haram di Bazaria Wangsa Maju, 35 warga asing ditahan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET