Luqman pilih kembali ke Liga M

Luqman pilih kembali ke Liga M

Luqman pilih kembali ke Liga M
LUQMAN mahu menjadikan pentas Liga M sebagai platform mengasah kembali sentuhan lamanya. FOTO YSCC Yokohama

Kuala Lumpur: “90 peratus saya boleh sahkan yang saya akan kembali ke Liga Malaysia (Liga M) untuk musim baharu nanti.”

Demikian pendedahan penyerang sensasi muda negara, Luqman Hakim Shamsudin kepada Arena Metro apabila mengesahkan sedia membuat penampilan di saingan Liga M pada musim 2025/2026 selepas lima tahun berkelana di Eropah.

Menurut Luqman, kontraknya bersama kelab utama Belgium, KV Kortrijk bakal berakhir Jun ini dan dia sedang meneliti beberapa tawaran dari pasukan Liga M.

Katanya, dia masih terbuka untuk melihat dan memilih sebarang tawaran daripada mana-mana pasukan liga tempatan dengan keutamaan mahu meraih minit permainan yang lebih banyak, perancangan jangka panjang untuk dirinya selain mahu dekat dengan ibunya.

“Saya boleh katakan 90 peratus memang saya akan balik dan bermain di Liga Malaysia selepas ini, lagi 10 peratus itu boleh kata akan jadi 99 peratus.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?


“Saya dah lama di luar negara dan saya dah bersedia untuk balik dan mencari semula peluang untuk bermain dengan kelab-kelab Liga Malaysia.

“Saya tak kisah pasukan yang mana, asalkan tawaran itu sesuai dengan projek jangka panjang untuk saya di mana saya nak bermain lebih kerap dan dapat minit permainan.

“Dan Saya tak kisah pasal duit, itu bukan soalnya. Tapi saya nak main dan terus kembangkan lagi karier bola sepak saya. Malah, saya juga nak lebih dekat dengan ibu saya yang dah lama saya tinggalkan,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Luqman, 22, ketika ini masih berada di Belgium dan menjalani latihan seperti biasa sebelum secara rasminya ikatan kontrak berakhir Jun ini.

Semalam, akhbar ini melaporkan tentang hala tuju wonderkid negara, Luqman Hakim susulan kontraknya hanya berbaki empat bulan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas


Biarpun berkelana selama lima musim di Eropah serta di Jepun, harapan Luqman untuk terus kekal di luar negara dilihat agak sukar kerana jarang diberikan peluang untuk beraksi.

Begitupun jurulatih berpengalaman, Sulaiman Hussin menganggap ia bukan penamat kepada impian anak jati kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu sebaliknya kepulangan ke Liga M mungkin boleh memberi peluang buatnya kembali menemui sentuhan penyudah yang sebelum ini cukup tajam.

Sulaiman mencadangkan agar Luqman memilih kelab yang tepat antaranya Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor FC ataupun Terengganu FC.

Tambah Luqman lagi, dia akan menjadikan pentas Liga M sebagai platform mengasah kembali sentuhan lamanya di mana anak jati Kota Bharu, Kelantan ini pernah disenaraikan antara 60 pemain muda paling berbakat di dunia yang dikeluarkan oleh The Guardian sebelum ini.

“Itu tidak bermakna saya lupakan teruskan impian bermain di luar negara. Saya akan cuba sebaik mungkin dapatkan kembali keyakinan dan Luqman yang lama.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sekali Lagi Anwar Jadi ‘Kapten Amerika’ Untuk Rakyat Malaysia


“Kalau ada tawaran lagi selepas ini, saya akan fikirkan dan InsyaAllah impian nak letakkan pemain dari Malaysia di pentas Eropah tidak pernah terpadam,” katanya.

Untuk rekod, sepanjang lima musim di luar negara khususnya bersama KV Kortrijk, Luqman sudah merekodkan tiga penampilan bersama skuad utama kelab itu.

Bagaimanapun, dia lebih menyerlah bersama skuad B-21 KV Kortrijk apabila mengumpulkan 11 gol dan 14 bantuan gol dalam 30 aksi bersama pasukan itu.

Bekas rakan sepasukan Arif Aiman di Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu turut pernah beraksi di kelab Iceland, Njarovik (2023) dan YSCC Yokohama (2024) di Liga Jepun, dengan kedua-duanya secara pinjaman dari KV Kortrijk.

Luqman pilih kembali ke Liga M

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker