Ismail Sabri akan dipanggil semula bantu lengkap siasatan
Ismail Sabri akan dipanggil semula bantu lengkap siasatan

Kuala Lumpur: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu lalu bagi membantu siasatan berkaitan isu perbelanjaan dan perolehan dana bagi tujuan promosi dan publisiti ketika beliau menerajui negara.
Sumber memberitahu BH, Ahli Parlimen Bera itu memberi keterangan selama lima jam selepas SPRM memperoleh maklumat baharu daripada hasil risikan yang dibuat.
Beliau berkata, hasil keterangan Ismail Sabri kemudian membawa kepada penahanan empat pegawai kanan beliau tiga hari selepas itu.
Bekas pegawai kanannya direman SPRM beberapa hari yang mana serbuan dan rampasan lebih RM100 juta wang tunai dilakukan di sebuah kediaman.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
Sebelum ini, BH melaporkan dua individu bergelar Datuk antara empat bekas pegawai kanan Perdana Menteri ke-9 yang ditahan SPRM untuk membantu siasatan lanjut terhadap beberapa kes yang dikaitkan dengan rasuah ketika era pentadbiran negara diketuai Ismail Sabri.
Selain itu, seorang pegawai eksekutif sebuah yayasan dan seorang wanita yang juga pembantu kepada seorang pegawai khas terbabit turut ditahan oleh agensi antirasuah itu.
Kelmarin, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata lapan individu akan dipanggil SPRM untuk dirakam keterangan berhubung siasatan ke atas empat pegawai kanan Ismail Sabri.
Lapan saksi itu akan dipanggil bagi membantu siasatan dalam tempoh terdekat.
Ismail Sabri akan dipanggil semula bantu lengkap siasatan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET