Dua maut, seorang parah nahas dua kenderaan
Dua maut, seorang parah nahas dua kenderaan

HULU SELANGOR: Dua maut manakala seorang parah dalam nahas dua kenderaan di Kilometer 417.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Utara, di sini pagi tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus, berkata kemalangan jam 7.15 pagi itu membabitkan sebuah treler dan kereta Proton Wira.
“Ketika melalui lebuh raya, Proton Wira disyaki hilang kawalan dan terbabas sebelum dilanggar treler.
“Pemandu dan penumpang hadapan meninggal dunia di lokasi kejadian. Manakala penumpang belakang parah dan dirawat di Hospital Sungai Buloh,” katanya menerusi kenyataan, malam ini.
Mohd Asri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan itu diminta tampil bagi membantu siasatan.
Dua maut, seorang parah nahas dua kenderaan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET