Zaqhwan dedah punca hambar di WSBK

Zaqhwan dedah punca hambar di WSBK

Zaqhwan dedah punca hambar di WSBK
ZAQHWAN Zaidi. FOTO PETRONAS MIE RACING HONDA

Kuala Lumpur: Ketiadaan persiapan rapi dan strategi pasukan yang dipersoalkan menjadi punca utama prestasi hambar Zaqhwan Zaidi dalam perlumbaan sulungnya di Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK), namun pelumba negara itu tetap menjadi sasaran kecaman netizen.

Selepas menerima kritikan hebat di media sosial, juara Asia 2022 itu akhirnya mendedahkan faktor sebenar di sebalik kesukarannya bersaing di Litar Phillip Island, Australia, minggu lalu.

Menurut Zaqhwan, keputusan untuk menyertai WSBK dibuat pada saat akhir dan dia terlepas tiga sesi ujian pramusim – sesuatu yang amat kritikal dalam perlumbaan berprestij seperti ini.

“Saya pergi ke sana tanpa persediaan mencukupi, terpaksa biasakan diri dengan motor baharu, pasukan baharu, dan trek yang belum pernah saya cuba. Ini bukan sesuatu yang boleh dikuasai dalam masa singkat,” katanya ketika ditemui pada Majlis Makan Malam dan Anugerah Persatuan Permotoran Malaysia (MAM), Selasa lalu.

Lebih menyedihkan, Zaqhwan gagal melepasi had masa dalam sesi kelayakan, sekali gus tidak dibenarkan menyertai perlumbaan utama – satu tamparan hebat buat pelumba yang membawa harapan negara di pentas dunia.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas


Bagaimanapun, pelumba PETRONAS MIE Racing Honda itu menegaskan dia tidak mahu menjadikan situasi itu sebagai alasan dan berazam untuk terus memperbaiki prestasi.

Dalam pada itu, dua bekas pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman dan Zulfahmi Khairuddin tampil mempertahankan Zaqhwan dengan menegaskan bahawa punca kegagalan di Phillip Island tidak boleh diletakkan sepenuhnya di bahu pelumba.

Azlan menegaskan bahawa faktor pengurusan pasukan turut memainkan peranan besar dalam menentukan prestasi pelumba.

“Sebuah pasukan perlu memberikan sokongan penuh kepada pelumba, terutama dalam kejuaraan setinggi WSBK. Jika mereka gagal menyediakan platform yang stabil, sukar untuk pelumba memberikan yang terbaik,” katanya.

Zulfahmi pula menyuarakan harapan agar PETRONAS menilai semula kerjasama dengan MIE Honda Racing bagi memastikan Malaysia benar-benar diwakili oleh pasukan yang kompetitif.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?


“Pelumba kita sudah berada pada tahap tinggi, tetapi jika jentera dan strategi pasukan tidak membantu, prestasi pasti terjejas. Kita perlukan pasukan yang benar-benar mampu bersaing,” katanya.

Walaupun berdepan kritikan pedas, Zaqhwan tetap bersemangat dan berjanji untuk bangkit dalam pusingan seterusnya.

“Orang boleh kata apa saja, tetapi saya lebih fokus untuk buktikan sesuatu dalam perlumbaan akan datang. Saya akan cuba tutup mulut mereka dengan prestasi lebih baik,” tegasnya.

Zaqhwan dedah punca hambar di WSBK

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker