Shahidan nafi berlaku penyelewengan

Shahidan nafi berlaku penyelewengan

Shahidan nafi berlaku penyelewengan
Presiden KOM, Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan berlaku penyelewengan dalam badan induk itu.

KUALA LUMPUR: Tiada penyelewengan, hanya dakwaan tanpa asas!

Demikian tegas Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Seri Shahidan yang Kassim menafikan sekeras-kerasnya tuduhan berlakunya penyelewengan dalam badan induk itu, seperti didakwa Timbalan Presidennya, Datuk Fadzil A Bakar.

Beliau menegaskan, KOM tidak akan berdiam diri dan sedia mengambil tindakan jika benar ada penyelewengan seperti yang didakwa.

“KOM menyangkal tuduhan Datuk Fadzil A Bakar yang mendakwa badan ini tidak lagi relevan. Ahli majlis KOM amat kesal, terkilan dan kecewa dengan kenyataan yang dibuat beliau di media baru-baru ini,” katanya ketika ditemui di Wisma Majlis Olimpik Malaysia (MOM) hari ini.

Beliau turut menjelaskan mengenai tuntutan kos program Malam Anugerah KOM yang dikemukakan sebuah syarikat milik ahli majlis badan induk itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas


“Tuntutan itu masih dalam proses semakan dan sehingga kini tiada pembayaran dibuat. Kami akan mengadakan mesyuarat untuk meneliti isu ini dengan lebih mendalam. Jika terbukti ada salah laku, tindakan sewajarnya akan diambil,” katanya.

Terdahulu, Fadzil menggesa perubahan segera dalam KOM bagi memastikan badan itu kekal relevan, selain mendakwa berlaku salah guna dana.

Dalam pada itu, Shahidan memaklumkan satu mesyuarat akan diadakan bagi menetapkan tarikh Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang perlu diadakan selewat-lewatnya 30 Jun depan.

“Saya akan maklumkan kemudian sama ada mahu mempertahankan jawatan atau sebaliknya. Sesiapa yang berminat bertanding jawatan presiden dialu-alukan,” katanya.

Shahidan nafi berlaku penyelewengan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker