Starbucks akan berhentikan 1,100 pekerja

Starbucks akan berhentikan 1,100 pekerja

Starbucks akan berhentikan 1,100 pekerja
STARBUCKS akan hentikan 1,100 pekerja. FOTO Reuters.

Istanbul: Rangkaian kopi Starbucks yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) akan memberhentikan 1,100 pekerja, kata Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu Brian Niccol melalui satu pengumuman pada Isnin.

“Kami sedang memudahkan struktur kami, menghapuskan lapisan dan pertindihan dan mewujudkan pasukan yang lebih kecil dan lebih tangkas,” lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik Niccol menerusi kenyataan syarikat.

“Hasrat kami adalah untuk beroperasi dengan lebih cekap, meningkatkan akauntabiliti, mengurangkan kerumitan dan memacu integrasi yang lebih baik.

“Semua dengan matlamat untuk lebih fokus dan mampu memacu impak yang lebih besar mengikut keutamaan kami”.

Niccol berjanji untuk mempercepatkan perkhidmatan, meningkatkan pengalaman pesanan mudah alih dan memulihkan suasana kafe Starbuck.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas


Menurut syarikat itu, kakitangan pembuatan, pengedaran, pergudangan dan yang mengendalikan pemanggangan kopi serta pekerja kafe tidak akan terjejas oleh pemberhentian.

Pengumuman terbaru rangkaian kopi Amerika itu dibuat ketika boikot makanan terhadap syarikat yang berpangkalan di AS masih berterusan kerana membantah sokongan Washington untuk Israel yang melakukan serangan genosid di Gaza.

Starbucks juga bergelut akibat penurunan jualan suku tahunan.

Gencatan senjata dilaksanakan di Gaza sejak bulan lalu, menghentikan serangan genosid Israel, yang mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya 48,300 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak dan menyebabkan Palestin berada dalam kemusnahan.

Pada November, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap untuk Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

Israel juga menghadapi kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) atas tindakannya di rantau itu.

Starbucks akan berhentikan 1,100 pekerja

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker