3 pekerja asing ditemui lemas, bot hanyut di Tanjung Langsat
3 pekerja asing ditemui lemas, bot hanyut di Tanjung Langsat

PASIR GUDANG: Tiga pekerja asing ditemui lemas selepas bot dinaiki mereka dipercayai hanyut dan terdampar di perairan Tanjung Langsat di sini, petang tadi.
Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Sarhan Akmal Mohamad, berkata kejadian itu disedari jam 11.18 malam tadi, selepas tiga pekerja sebuah syarikat di Felda Semenchu gagal pulang menaiki bot gentian kaca menuju ke bandar Masai melalui laluan laut.
“Kehilangan mereka diketahui selepas bot yang digunakan ditemui tersadai di Pantai Tanjung Langsat oleh nelayan tempatan, yang kemudian membuat laporan kepada polis.
“Pada jam 12.19 pagi, Singapore Police Coast Guard (SPCG) mengesahkan penemuan satu mayat di perairan Changi, Singapura yang kemudian dikenal pasti sebagai lelaki warga Nepal,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sarhan Akmal berkata, pihaknya kemudian menerima panggilan jam 10.53 pagi tadi dan sepasukan anggota dari BBP Pasir Gudang digerakkan ke lokasi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
“Operasi dijalankan menggunakan bot aluminium dengan pencarian di sekitar Kebayan, Tanjung Langsat dan jeti berdekatan.
“Hasil operasi, dua lagi mangsa ditemui iaitu pada jam 11 pagi membabitkan seorang lagi warga Nepal yang ditemui oleh SPCG di Pulau Tekong, Singapura.
“Pada jam 3.34 petang, mayat seorang warga Indonesia ditemui Polis Bantuan Tanjung Langsat Port, kira-kira 50 meter dari Jeti Port Park Tanjung Langsat,” katanya.
Operasi tamat jam 5.25 petang selepas semua mayat diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
3 pekerja asing ditemui lemas, bot hanyut di Tanjung Langsat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET