Yoon Suk-yeol, Presiden Korea Selatan pertama dibicarakan dalam kes jenayah
Yoon Suk-yeol, Presiden Korea Selatan pertama dibicarakan dalam kes jenayah

SEOUL: Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol, mencipta sejarah sebagai ketua negara pertama dibicarakan dalam kes jenayah ketika masih berkhidmat, apabila perbicaraan mengenai cubaannya untuk menguatkuasakan undang-undang tentera bermula semalam.
Suk-yeol, 64, dipenjarakan sejak bulan lalu selepas ditahan atas tuduhan pemberontakan yang boleh membawa hukuman penjara seumur hidup atau hukuman mati.
Prosiding jenayah bermula pada jam 10 pagi (0100 GMT) hari ini di Mahkamah Daerah Pusat Seoul, menurut seorang wartawan AFP yang berada di bilik perbicaraan.Prosiding jenayah bermula pada jam 10 pagi (0100 GMT) hari ini di Mahkamah Daerah Pusat Seoul, menurut seorang wartawan AFP yang berada di bilik perbicaraan.
Dengan kehadiran Suk-yeol itu, ruang mahkamah penuh sesak dan kawalan keselamatan diperketatkan di sekitar bangunan terbabit.
Pendakwa raya menuduh presiden yang digantung tugas itu sebagai dalang pemberontakan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?
- Apakah Masa Depan UMNO Sebagai Parti Politik Orang Melayu
- Sekali Lagi Anwar Jadi ‘Kapten Amerika’ Untuk Rakyat Malaysia
Namun, peguam Suk-yeol menegaskan bahawa siasatan itu tidak sah sejak awal dan mencabar kesahihan pendakwaannya, kerana beliau sebagai ketua negara mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Sementara itu, Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan sedang meneliti sama ada akan menyingkirkan Suk-yeol secara rasmi daripada jawatan presiden selepas beliau dipecat oleh Parlimen pada Disember lalu.
Perbicaraan kes pemecatan ke-10 dijadualkan pada jam 3 petang, hanya beberapa jam selepas beliau memberi keterangan dalam perbicaraan jenayahnya.
Dipanggil untuk memberi keterangan di Mahkamah Perlembagaan ialah Han Duck-soo, yang turut dipecat sebagai pemangku presiden selepas penyingkiran Suk-yeol pada Disember lalu, serta bekas pegawai kanan perisikan, Hong Jang-won.
Ketua Agensi Polis Kebangsaan Korea Selatan, Cho Ji-ho yang turut dibicarakan atas tuduhan pemberontakan berkaitan perintah undang-undang tentera juga sudah dipanggil sebagai saksi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Selepas Tengku Maimun, Mantan Presiden Majlis Peguam Pula Kecam Kerajaan Perpaduan
Bagaimanapun, masih belum jelas sama ada perbicaraan pemecatan itu akan menjadi yang terakhir sebelum lapan hakim Mahkamah Perlembagaan bermesyuarat secara tertutup untuk menentukan nasibnya. – AFP
Yoon Suk-yeol, Presiden Korea Selatan pertama dibicarakan dalam kes jenayah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
- Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
- Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas