Tumbuk rakan angkara pasang muzik kuat, lelaki Nepal didenda RM1,500

Tumbuk rakan angkara pasang muzik kuat, lelaki Nepal didenda RM1,500

Tumbuk rakan angkara pasang muzik kuat, lelaki Nepal didenda RM1,500
Jaya Bahadur didenda RM1,500 kerana tumbuk rakan angkara pasang muzik terlalu kuat. – Foto Alias Abd Rani

BATU PAHAT: Lelaki Nepal didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan menumbuk seorang lelaki yang juga rakannya angkara memasang muzik terlalu kuat, Ahad lalu.

Jaya Bahadur Yonjan, 32, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan dikemukakan jurubahasa di hadapan Majistret Arun Noval Dass.

“Saya nak minta maaf. Saya mahu denda,” rayu lelaki warga Nepal sebelum didenda.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap rakan berusia 30 tahun di Hostel Wawasan, Taman Perindustrian Jalan Budi, di sini, 10 malam, 16 Februari lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?


 

Berdasarkan fakta kes, polis menerima laporan daripada mangsa yang memaklumkan dia cedera di telinga kiri selepas ditumbuk rakan.

Siasatan polis mendapati, kejadian berpunca tindakan mangsa memasang muzik terlalu kuat hingga menyebabkan tertuduh tidak selesa.

Walaupun diarahkan supaya memperlahankan muzik itu, mangsa tidak mengendahkan yang menyebabkan tertuduh hilang sabar lalu menumbuk telinga mangsa.

Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat pada 17 Februari dengan tertuduh ditahan hari sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahidah Mohd Sarip manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah juga memerintahkan tertuduh dipenjara sebulan namun dia membayar denda dikenakan terhadapnya.

Tumbuk rakan angkara pasang muzik kuat, lelaki Nepal didenda RM1,500

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker