Suri rumah mengaku salah bersubahat kes suami didakwa rogol sepupu
Suri rumah mengaku salah bersubahat kes suami didakwa rogol sepupu

KUALA TERENGGANU: Seorang suri rumah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan bersubahat dalam kes rogol sepupunya yang didakwa membabitkan suami tertuduh.
Wanita berusia 29 tahun itu membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.
Mengikut pertuduhan, ibu kepada tiga anak itu didakwa bersubahat dengan suaminya berusia 25 tahun melakukan kesalahan merogol mangsa berusia 15 tahun enam bulan di sebuah rumah di Marang antara jam 7.30 malam hingga 1 pagi pada 8 hingga 9 Februari lalu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan (KK) dan dibaca bersama Seksyen 376(2)(c) KK yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara hingga 20 tahun dan sebatan.
Sejurus pengakuan bersalah itu direkodkan, mahkamah menetapkan 25 Februari ini sebagai tarikh sebutan semula kes untuk fakta dan hukuman.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?
- Apakah Masa Depan UMNO Sebagai Parti Politik Orang Melayu
- Sekali Lagi Anwar Jadi ‘Kapten Amerika’ Untuk Rakyat Malaysia
Mahkamah turut membenarkan wanita itu diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.
Sementara itu di mahkamah sama, suaminya yang bekerja sebagai buruh bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol mangsa remaja berkenaan dalam kehadiran orang lain, iaitu tertuduh wanita (isteri), di alamat, masa dan hari yang sama.
Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 376(2)(c) KK yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudian menetapkan 23 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan tiada sebarang ikat jamin ditawarkan kepada tertuduh lelaki itu.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aisyah Mohamad, manakala kedua-dua tertuduh tiada diwakili peguam.
Suri rumah mengaku salah bersubahat kes suami didakwa rogol sepupu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
- Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
- Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET