Slot kecewa Liverpool seri dengan Villa

Slot kecewa Liverpool seri dengan Villa

Slot kecewa Liverpool seri dengan Villa
SALAH (kanan) menjaringkan gol pertama Liverpool yang juga gol ke-24 peribadi di EPL pada musim ini. FOTO REUTERS

Birmingham: Pengurus Liverpool, Arne Slot sepatutnya gembira apabila pasukannya memiliki kelebihan lapan mata di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan baki 12 perlawanan dalam musim pertamanya sebagai pengendali.

Namun, beliau tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya selepas keputusan seri 2-2 menentang Aston Villa, awal pagi tadi.

Kemenangan sepatutnya meletakkan pasukannya 10 mata di hadapan Arsenal setelah bermain lebih satu perlawanan, tetapi mereka kehilangan mata untuk kali kedua dalam tiga perlawanan, sekali gus menyaksikan peluang perebutan gelaran masih terbuka.

“Sejujurnya, saya tidak begitu gembira. Jika melihat kembali perlawanan, kami mencipta jauh lebih banyak peluang berbanding mereka,” kata Slot kepada TNT Sports.

“Saya rasa kami telah melakukan segala yang perlu untuk mendapatkan keputusan yang baik di sini, malah mungkin juga kemenangan.”


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?


Ia adalah malam penuh dengan emosi bercampur aduk bagi Liverpool, yang mendominasi perlawanan pada awalnya dan mendahului pada minit ke-28 hasil daripada gol liga ke-24 Mohamed Salah musim ini.

Kemudian, jaringan Youri Tielemans dan Ollie Watkins memberikan Villa kelebihan menjelang separuh masa, sebelum rembatan Trent Alexander-Arnold yang terbias melepasi penjaga gol menyamakan kedudukan selepas sejam permainan.

Pemain gantian Liverpool, Darwin Nunez, mensia-siakan peluang keemasan sementara pasukan Slot hampir dikecewakan pada saat akhir apabila pemain gantian Villa, Donyell Malen nyaris menjaringkan gol selepas sepakannya terkena tiang.

Anak buah Slot mencatatkan 17 percubaan berbanding sembilan oleh Villa, tetapi mereka terpaksa berputih mata akibat ketumpulan penyudah di hadapan gol.

“Pada minit terakhir, (Villa) hampir memenangi perlawanan,” kata Slot, yang pasukannya hanya tewas sekali dalam saingan liga sepanjang musim ini.

“Tetapi jika melihat kepada semua peluang yang kami cipta, jelas sekali saya tidak gembira dengan keputusan 2-2. Bermain di sini bukanlah mudah kerana kekuatan pasukan mereka serta sokongan daripada penyokong mereka, tetapi saya rasa kami hampir bermain dalam satu perlawanan yang sangat baik.”

Arsenal yang berada di tempat kedua kini mempunyai satu perlawanan dalam tangan dan berpeluang meningkatkan tekanan ke atas Liverpool hujung minggu ini.

Arsenal akan menerima kunjungan West Ham United pada Sabtu dan kemenangan akan mengurangkan jurang kepada lima mata.

Manakala Liverpool bertandang ke Stadium Etihad untuk berdepan juara bertahan, Manchester City pada awal pagi Isnin.

“Sentiasa ada tekanan apabila anda bermain untuk Liverpool, sama seperti jika anda bermain untuk Arsenal,” kata Slot.

“Kami mahu mencapai sesuatu bersama pada musim ini dan kami mempunyai semua elemen yang diperlukan untuk itu. Masih ada 12 perlawanan lagi serta saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL), tetapi kami gembira dengan kedudukan kami sekarang.

“Saya rasa kami bermain beberapa perlawanan di mana kami sepatutnya mendapat lebih daripada apa yang kami peroleh. Saya tidak maksudkan perlawanan menentang Everton jika melihat kepada kualiti permainan, tetapi sudah tentu ia sangat mengecewakan apabila melepaskan gol pada minit terakhir.”

Slot kecewa Liverpool seri dengan Villa

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker