Singapura kaji kaji potensi guna tenaga nuklear dalam Belanjawan 2025

Singapura kaji kaji potensi guna tenaga nuklear dalam Belanjawan 2025

Singapura kaji kaji potensi guna tenaga nuklear dalam Belanjawan 2025
Gambar hiasan. – Foto AFP

SINGAPURA: Republik ini akan mengkaji potensi penggunaan tenaga nuklear dan mengambil langkah selanjutnya untuk membina keupayaan secara sistematik dalam bidang itu, kata Perdana Menteri, Lawrence Wong.

Keputusan itu didorong minat terhadap tenaga nuklear yang semakin meningkat di seluruh dunia, dengan beberapa negara serantau turut merancang memasukkan nuklear dalam senarai bekalan tenaga mereka.

Wong berkata Singapura akan memerlukan keupayaan baru untuk menilai pilihan dan mempertimbangkan sama ada terdapat penyelesaian yang boleh digunakan negara itu dengan cara selamat dan menjimatkan kos.

Tambah beliau, Malaysia dan Indonesia, sebagai contoh, telah mengendalikan reaktor penyelidikan untuk beberapa waktu.

“Tidak kira import elektrik, hidrogen atau nuklear, kita perlu membuat pelaburan besar dalam prasarana baru,” tambah Wong yang juga Menteri Kewangan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?


 

Dana Tenaga Masa Depan itu diumumkan semasa Belanjawan 2024 dengan pelaburan awal SGD$5 bilion (RM16.5 bilion).

Ia ditubuhkan untuk meningkatkan pelaburan ke dalam teknologi tenaga bersih yang mungkin melibatkan kos pendahuluan tinggi dan risiko komersial, teknologi dan geopolitik yang ketara.

Dana itu sebahagian usaha Singapura untuk menangani kekangan ke atas sumbernya.

Wong memberi contoh bagaimana negara itu ini telah mengatasi cabaran airnya melalui inovasi seperti mengitar semula air terpakai menjadi NeWater dan membina perusahaan airnya.

“Hari ini, kita berdepan cabaran berbeza. Perusahaan masa depan iaitu kecerdasan buatan (AI), semikonduktor, biofarmaseutikal, yang sangat memerlukan tenaga intensif.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Selepas Tengku Maimun, Mantan Presiden Majlis Peguam Pula Kecam Kerajaan Perpaduan


“Untuk memenuhi keperluan tenaga yang semakin meningkat ini dan pada masa yang sama, mengurangkan pelepasan karbon, kita memerlukan lebih banyak tenaga bersih.

“Oleh itu, memperluaskan akses kepada tenaga bersih adalah keperluan utama negara,” katanya.

Singapura belum membuat keputusan untuk menggunakan tenaga nuklear, tetapi memandangkan negara itu terbatas dalam mengakses tenaga boleh diperbaharui, nuklear adalah antara pelbagai sumber rendah karbon yang dikaji republik itu.

Singapura kini bergantung kepada gas asli dan bahan api fosil untuk kira-kira 95 peratus keperluan tenaganya.

Sektor tenaga menyumbang kira-kira 40 peratus daripada jumlah pelepasan karbon negara ini.

Usaha mencapai sasaran iklim jangka panjang Singapura iaitu pelepasan sifar bersih menjelang 2050 memerlukan pengurangan pelepasan karbon daripada sektor itu.

Menurut Wong, walaupun Singapura sebelum ini menilai bahawa teknologi nuklear konvensional tidak sesuai buat Singapura, negara ini terus memantau perkembangan dalam bidang itu untuk memastikan pilihannya terbuka.

“Sejak itu, kita telah melihat kemajuan ketara dalam teknologi nuklear,” tambahnya, memberi contoh reaktor modular kecil (SMR) sebagai satu teknologi nuklear termaju yang mempunyai ciri keselamatan lebih baik berbanding loji besar konvensional.

SMR ialah sistem padat yang boleh dipasang di kilang dan didirikan di kawasan bandar yang padat. Kapasiti kuasa satu SMR adalah kira-kira satu pertiga daripada reaktor tradisional. – AGENSI

Republik ini akan mengkaji potensi penggunaan tenaga nuklear

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker