Lelaki bakar anak patung selepas rahsia terbongkar
Lelaki bakar anak patung selepas rahsia terbongkar

Beijing: Gara-gara panik, seorang pemuda sanggup membakar anak patung yang juga ‘teman wanitanya’ kerana enggan rahsianya menyimpan mainan itu terbongkar dengan rakan sebilik
South China Morning Post (SCMP), tindakan pemuda itu bagaimanapun mencetuskan kebakaran di sebuah kampus universiti di China.
Pada 10 Februari, seorang penuntut Universiti Teknologi Hefei di wilayah Anhui, tengah China, mendedahkan kebakaran berlaku di sebuah asrama selepas pelajar lain membakar anak patung miliknya.
Menurut saluran media China Owl Video, seorang penuntut lelaki bermain dengan anak patung, namun tidak sangka rakan sebiliknya pulang awal pada hari kejadian.
Dalam keadaan panik, penuntut itu cuba menyembunyikan perbuatannya dengan membakar anak patung berkenaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?
- Apakah Masa Depan UMNO Sebagai Parti Politik Orang Melayu
- Sekali Lagi Anwar Jadi ‘Kapten Amerika’ Untuk Rakyat Malaysia
Pada mulanya, dia cuba membakarnya di lorong asrama, tetapi api cepat merebak menyebabkan penggera kebakaran kampus berbunyi.
Satu video yang tular dalam talian menunjukkan lorong asrama itu dipenuhi dengan api dan asap.
Mujur, api dapat dipadamkan tepat pada masanya, dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan namun penuntut berkenaan ditegur kerana perbuatannya
“Tiada kehilangan harta benda atau kemalangan jiwa, dan kami sudah berhubung dengan penuntut terbabit,” kata seorang kakitangan universiti itu.
Susulan kejadian itu, satu pengumuman dikeluarkan oleh pihak pengurusan asrama penuntut Xinxi di universiti itu, dengan jelas menyatakan larangan membakar barangan silikon.
Lelaki bakar anak patung selepas rahsia terbongkar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
- Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
- Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET