JDT naik tangga ketiga, akan berdepan Buriram

JDT naik tangga ketiga, akan berdepan Buriram

JDT naik tangga ketiga, akan berdepan Buriram
PEMAIN JDT, Arif Aiman Hanapi (dua dari kiri) meraikan jaringannya ketika menewaskan Pohang Steelers FC 5-2 di Stadium Sultan Ibrahim, Selasa lalu. FOTO BERNAMA

Kuala Lumpur: Keputusan kelab China, Shandong Taishan menarik diri daripada saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) pada aksi terakhir, semalam memberi rahmat apabila wakil tunggal negara, Johor Darul Ta’zim (JDT) melonjak ke tangga ketiga Zon Timur.

Pergerakan itu berlaku selepas semua perlawanan membabitkan Shandong Taishan dibatalkan termasuklah pungutan mata dan jaringan turut tidak dikira bagi penentuan kedudukan akhir dalam Zon Timur.

Justeru, kemenangan Vissel Kobe ke atas Shandong Taishan tidak dikira dan mereka yang sebelum ini menghuni tangga ketiga dengan 16 mata jatuh ke tangga keenam, menolak JDT (14 mata) ke tangga ketiga dan Gwangju FC (14 mata) ke tangga keempat bagi kedudukan akhir Zon Timur.

JDT tidak kehilangan sebarang mata memandangkan mereka sebelum ini tewas 0-1 di tangan Shandong Taishan, sekali gus kekal dengan 14 mata.

Perubahan itu turut menyebabkan lawan skuad Harimau Selatan akan turut bertukar apabila sebelum ini, mereka dijadual akan berdepan Gwangju FC pada aksi pusingan 16 terbaik bulan depan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?


Namun situasi terkini menyaksikan skuad bimbingan Hector Bidoglio itu menempah ‘Derbi Asean’ menentang wakil Thailand, Buriram United dalam perebutan tiket ke suku akhir ACLE musim ini.

Sebaliknya, Gwangju FC pula akan berdepan Vissel Kobe berdasarkan kedudukan akhir yang diraih mereka pada peringkat kumpulan.

Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor Paul John mengesahkan kemaskini untuk kedudukan bagi Zon Timur seperti disiarkan di laman rasmi Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan menyatakan kedudukan itu muktamad.

“Ya, ‘final standing’ (kedudukan muktamad). Kita akan memanjangkan kes ini (Shandong Taishan) ke jawatankuasa berkenaan,” kata Windsor secara ringkas.

Sebagai rekod, aksi pusingan 16 terbaik akan berlangsung secara timbal balik, namun memasuki aksi suku akhir, separuh akhir dan akhir, hanya satu perlawanan dilangsungkan dengan aksi berpusat di Arab Saudi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Selepas Tengku Maimun, Mantan Presiden Majlis Peguam Pula Kecam Kerajaan Perpaduan


Shandong menarik diri daripada perlawanan kumpulan menentang Ulsan HD, semalam dengan mengatakan mereka tidak dapat membentuk pasukan kerana masalah kesihatan serius dalam kalangan pemain.

JDT naik tangga ketiga, akan berdepan Buriram

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker