Asteroid ‘pemusnah bandar’ dijangka langgar bumi pada 22 Disember 2032

Asteroid ‘pemusnah bandar’ dijangka langgar bumi pada 22 Disember 2032

Asteroid 'pemusnah bandar' dijangka langgar bumi pada 22 Disember 2032
ASTEROID 2024 YR4. FOTO Nasa/AFP.

Washington: Asteroid yang dikatakan boleh meratakan bandar kini mempunyai peluang 3.1 peratus untuk melanggar bumi pada 2032, menurut data Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) yang dikeluarkan semalam.

Ia menjadikan batu angkasa paling mengancam pernah direkodkan oleh ramalan moden.

Kiraan terkini NASA menganggarkan kebarangkalian pelanggaran pada 3.1 peratus, dengan tarikh kemungkinan melanggar bumi pada 22 Disember 2032.

Walaupun peluangnya meningkat, pakar mengatakan tiada sebab untuk panik.

Komuniti astronomi global sedang memantau situasi ini dengan teliti dan Teleskop Angkasa James Webb dijadualkan untuk memberi tumpuan kepada objek yang dikenali sebagai 2024 YR4, bulan depan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?


2024 YR4 pertama kali dikesan pada 27 Disember tahun lalu oleh Observatori El Sauce di Chile.

Ahli astronomi menganggarkan saiznya antara 130 hingga 300 kaki (40- hingga 90 meter) lebar, berdasarkan kecerahannya.

Analisis tanda cahaya menunjukkan komposisinya agak biasa, bukannya asteroid yang kaya dengan logam jarang.

Jaringan Amaran Asteroid Antarabangsa (IAWN), sebuah kerjasama pertahanan planet global, mengeluarkan memo amaran pada 29 Januari selepas kebarangkalian impak melepasi satu peratus.

Sejak itu, angka berkenaan berubah-ubah tetapi terus menunjukkan peningkatan.

Kali terakhir asteroid bersaiz lebih daripada 30 meter menimbulkan risiko yang begitu ketara ialah Apophis pada tahun 2004, apabila ia secara teori mempunyai peluang 2.7 peratus untuk melanggar bumi pada 2029, kemungkinan itu kemudian ditolak selepas pemerhatian tambahan.

Tidak seperti asteroid selebar 10 kilometer yang menghapuskan dinosaur 66 juta tahun yang lalu, 2024 YR4 diklasifikasikan sebagai ‘pemusnah bandar’ , bukan malapetaka global, tetapi masih mampu menyebabkan kemusnahan yang ketara.

Kemungkinan kemusnahan ini lebih disebabkan oleh kelajuan asteroid itu yang boleh mencapai hampir 40,000 batu sejam jika ia melanggar bumi.

Jika ia memasuki atmosfera bumi, senario yang berkemungkinan tinggi ialah letupan di udara, bermakna ia akan meletup di udara dengan kekuatan kira-kira lapan megaton TNT, lebih 500 kali ganda kuasa bom Hiroshima.

Kawasan berpotensi adalah merentasi Pasifik timur, Amerika Selatan utara, Atlantik, Afrika, Semenanjung Arab, dan Asia Selatan.

Asteroid ‘pemusnah bandar’ dijangka langgar bumi pada 22 Disember 2032


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker