‘Ah Boy ambil syabu sebelum buat jenayah’ – Polis

‘Ah Boy ambil syabu sebelum buat jenayah’ – Polis

'Ah Boy ambil syabu sebelum buat jenayah' - Polis
Mayat suspek kes tembak dikenali sebagai Ah Boy diusung anggota polis selepas mati dalam kejadian berbalas tembak di Pulau Ketam pada Selasa lalu.

SHAH ALAM: Penjenayah digelar Ah Boy yang ditembak mati oleh polis di Pulau Ketam, Klang, pada Selasa lalu, dipercayai mengambil dadah sebelum melakukan kegiatan jenayah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata pengambilan dadah dipercayai jenis syabu (methamphetamine) itu membuat suspek ‘trigger happy’ dan melakukan jenayah samun, pecah rumah dan lain-lain.

“Hasil siasatan mendapati suspek berusia 30 an itu terlibat dalam pengedaran dan penggunaan dadah. Jadi kesan yang mendalam atas penggunaan dadah ini yang menyebabkan dia berkelakukan sedemikian.

“Modus operandi dia adalah setiap kali melakukan jenayah dia akan ambil dadah.

“Kita percaya suspek mengambil dadah jenis syabu dan ujian darah yang dilakukan ke atas mayat lelaki itu mendapati dia positif dadah,” katanya pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Timbalan Ketua Polis Selangor, di sini, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?


Mengulas lanjut, Hussein berkata, suspek sebelum ini pernah terlibat dalam samun berkumpulan, tetapi bergerak secara sendirian sejak setahun dua kebelakangan ini berkemungkinan tidak serasi dengan ahli kumpulan.

“Sejak setahun dua ini, suspek melakukan samun serta rompakan untuk keperluan diri sendiri. Bila habis (hasil samun) dia buat jenayah lagi…Itu ‘habit’ dia dalam setahun dua ini.

“Saya ingin menegaskan, kelakuan dia yang ‘trigger happy’ dilakukan seorang diri yang mana tiada rakan sejenayah atau ahli kumpulan yang perlu dirisaukan.

“Dia bertindak sendiri dan seperti mana saya nyatakan dia ada 11 rekod jenayah dan sehingga ditembak mati, dia melakukan 15 jenayah. Dia pernah di penjara dua kali dan terakhir pada 2019,” katanya.

Sementara itu, Hussein berkata, suspek menggunakan dua pistol semi automatik jenis Sig Sauer dan Retay dalam melakukan kegiatan jenayah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Selepas Tengku Maimun, Mantan Presiden Majlis Peguam Pula Kecam Kerajaan Perpaduan


Katanya, siasatan masih dijalankan untuk mengenalpasti dari mana dia mendapat bekalan senjata api berkenaan bagaimanapun, polis percaya suspek membelinya dalam negara.

Terdahulu, suspek yang diburu polis susulan kes tembak di pusat beli-belah pada 8 Februari lalu itu dilapor mati selepas berbalas tembakan dengan polis di Pulau Ketam, awal pagi Selasa.

Lelaki warga tempatan berusia lingkungan 30-an itu ditembak dalam operasi membabitkan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan JSK dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor sekitar jam 3 pagi.

Dalam kejadian jam 10 malam 8 Februari lalu, suspek dilapor melepaskan empat das tembakan terhadap seorang lelaki yang bekerja sebagai tukang cuci di pusat beli belah di Setia Alam, semasa berada di Aras P1.

Mangsa yang cedera di punggung dan kakinya menyelamatkan diri, masuk ke dalam pusat beli-belah berkenaan, manakala suspek melarikan diri ke Aras P2.

Suspek melepaskan beberapa lagi tembakan dan terkena pada pintu kaca serta cermin tangga sebelum menahan sebuah kereta jenis Perodua Ativa milik seorang pengunjung dan memaksa lelaki itu membawanya menuju sebuah kawasan di Pandamaran, Klang dan memberhentikan keretanya.

Suspek melepaskan mangsa dan melarikan diri.

‘Ah Boy ambil syabu sebelum buat jenayah’ – Polis

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker