Terjun kolam pakai cheongsam, topeng rawatan muka selamat budak lemas
Terjun kolam pakai cheongsam, topeng rawatan muka selamat budak lemas

Beijing: Tindakan pantas seorang wanita China memberi peluang kedua kepada kanak-kanak perempuan untuk hidup selepas lemas di kolam sebuah hotel.
Menariknya, ketika kejadian wanita dikenali Peng Lingmin itu memakai qipao (pakaian seperti cheongsam) dan mengenakan topeng rawatan muka sehingga digelar ‘superwoman qipao mask’ di media sosial.
Oddity Central melaporkan, mangsa lemas di kolam renang hotel di Xishuangbanna, wilayah Yunnan dekat barat daya China, dalam satu kejadian pada 10 Februari lalu.
Kebetulan, Peng dari wilayah barat daya Sichuan, sedang berehat di tepi kolam sambil memakai qipao dan mengenakan topeng rawatan muka.
Kakak Peng, yang ada bersama merakam kejadian itu dan menghubungi ambulans.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?
- Apakah Masa Depan UMNO Sebagai Parti Politik Orang Melayu
- Sekali Lagi Anwar Jadi ‘Kapten Amerika’ Untuk Rakyat Malaysia
Kanak-kanak perempuan itu mula menunjukkan tanda mampu bernafas selepas lima minit Peng membantunya.
Peng berkata, ibu kanak-kanak perempuan itu menghantarnya ke kolam untuk bermain sendirian, namun pelampung yang digunakan terlepas.
Ketika kejadian, tiada kakitangan hotel di lokasi.
Peng berkata, dia tidak menerima latihan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) tetapi sebagai ibu kepada seorang anak kecil, dia memberi perhatian kepada langkah rawatan kecemasan yang terdapat di media sosial.
Dia berkata, otaknya kosong ketika kejadian dan hanya bertindak mengikut gerak hati.
“Tangan saya mula menggigil apabila mendengar dia menangis,” kata Peng kepada media China Fengmian News.
Peng dan kakaknya meneruskan perjalanan selepas kejadian itu.
Mereka menerima ganjaran 5,000 yuan (kira-kira RM3,057) dan sijil digital daripada Yayasan Alibaba.
Peng berkata, dia kini memahami kepentingan menerima latihan CPR yang betul dan menyeru sekolah, syarikat dan komuniti untuk menyediakan lebih banyak latihan.
Terjun kolam pakai cheongsam, topeng rawatan muka selamat budak lemas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
- Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
- Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET