Jururawat maut motosikal rempuh lori di lorong kecemasan, digilis 2 kenderaan

Jururawat maut motosikal rempuh lori di lorong kecemasan, digilis 2 kenderaan

Jururawat maut motosikal rempuh lori di lorong kecemasan, digilis 2 kenderaan
Seorang jururawat maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di KM28.2 Lebuh Raya SILK, semalam.

SEPANG: Seorang jururawat maut apabila motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan, sebelum tercampak dan digilis dua kenderaan lain di Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK), dekat sini, semalam.

Mangsa, Nurul Ilham Nordin, 29, yang bertugas di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) Serdang, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah (IPD) Sepang, Superintendan Shan Gopal Krishnan, berkata nahas dilaporkan berlaku kira-kira jam 1 tengah hari membabitkan empat kenderaan di Kilometer (KM) 28.2 Lebuh Raya SILK.

Katanya, kemalangan berlaku ketika mangsa sedang menunggang motosikal dari arah Cheras ke Cyberjaya menghala ke tempat kerja.

Setiba di lokasi, beliau berkata, mangsa dipercayai terlanggar belakang lori tiga tan yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami masalah teknikal.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?


“Akibat perlanggaran itu, mangsa tercampak ke sebelah kanan jalan sebelum digilis dua kenderaan jenis Perodua Bezza dan Perodua Alza,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, Shan Gopal berkata, siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang ada sebarang maklumat berhubung kejadian itu diminta menyalurkannya kepada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Sepang atau menghubungi Inspektor Mohamad Fadzil Zainol Abidin melalui talian 019-6488474.

Polis turut menasihati orang ramai agar mematuhi undang-undang jalan raya demi keselamatan diri, keluarga dan pengguna lain.

Jururawat maut motosikal rempuh lori di lorong kecemasan, digilis 2 kenderaan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker